• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aptera Motors Mahu Hasilkan Kereta Solar Mampu Milik, Boleh Pandu Sejauh 1,600km!

Aptera Motors Mahu Hasilkan Kereta Solar Mampu Milik, Boleh Pandu Sejauh 1,600km!

March 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

613
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR automotif baharu dari Amerika Syarikat (AS), Aptera Motors sedang bersiap sedia mengeluarkan kereta solar secara besar-besaran menjelang akhir tahun ini yang akan dijual pada harga serendah AS$25,900 (RM105,050).

Harga ini juga melayakkan kereta tiga roda ini menjadi antara model kenderaan elektrik (EV) paling mampu milik di pasaran.

Apapun, Aptera Motors berdepan beberapa halangan, iaitu perlu lulus ujian dan pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan menjual kereta solar jenama itu. Berikut perincian kereta solar Aptera Motors:

  • Dihasilkan daripada material karbon ultra-ringan dan gentian kaca untuk frem kereta.
  • Mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.5 saat, manakala kelajuan maksimum 177kmj.
  • Tidak perlu cas untuk kegunaan harian, yang juga model EV komersial pertama seumpamanya di pasaran.

  • Dipasangkan panel solar bersaiz 3.2 meter persegi, dan boleh dipandu kira-kira 64km sehari dalam cuaca baik.
  • Dilengkapi pek bateri dengan jarak perjalanan sejauh 1,600km, jauh lebih baik daripada Tesla Model S (600km).
  • Aptera sudah  menjual 330 unit kereta solar dalam tempoh 24 jam.
  • Tempahan awal dibuka sejak 4 Disember tahun lalu dan hampir 7,500 pelanggan sedia membayar deposit untuk tempahan awal.

Pengasas Aptera, Chris Anthony (atas kiri) dan Steve Fambro mendakwa antara kelebihan kereta solar ini ialah:

  • 4 kali ganda lebih efisien berbanding EV lain.
  • 13 kali ganda lebih efisien daripada trak pikap biasa.

Menurut Aptera Motors, pengeluar itu berjaya mengumpul dana pembiayaan Series A lebih AS$4 juta (RM16.2 juta) yang dikhaskan untuk syarikat pemula (start-up), termasuk daripada beberapa pelabur besar. Pada Februari lalu, Aptera Motors memindahkan pengeluaran rekabentuk ke kilang di Lembah Sorrento, San Diego, AS.

Aptera diasaskan pada 2005, tetapi terpaksa ditutup pada 2011 selepas mengalami masalah kewangan sebelum dilancarkan semula Anthony dan Fambro 2019.

aptera2_Easy-Resize.com
aptera4
aptera3
aptera5
aptera
aptera2
aptera6
aptera 1

SUMBER: ThisIsMoney

Related

613
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Apteta Motors, Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), Kereta Roda Tiga, Kereta Solar, Roda4, Syarikat Strat-Up

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev