PEUGEOT menggunakan imej singa pada logo jenama itu sejak era Napoleon di Perancis bermula 1847. Sepanjang jenama itu di pasaran, pengeluar itu hanya mengemas kini logo itu sebanyak 10 kali dan imej Stellantis baharu ini adalah pembaharuan kali ke-11.
Bersama logo baharu itu, Peugeot juga akan memperkenalkan pengalaman laman web baharu yang lebih interaktif, mewah dan menyeronokkan.
Logo baharu ini akan menggantikan 'singa perak' (atas tengah) yang diperkenalkan sejak 2010. Logo baharu pula menumpukan imej kepala singa yang mirip logo digunakan model Peugeot 1960-an (atas, paling kiri ).
Imej dipaparkan ialah kepala singa menghadap ke kiri dengan mulut terbuka dan diletakkan dalam perisai, manakala tulisan 'PEUGEOT' tertera atas imej haiwan karnivor tersebut.
Keseluruhan rekaan baharu itu menandakan kesediaan Peugeot untuk mengorak langkah dalam pasaran kelas atasan. Sebagai permulaan, logo baharu tersebut bakal digunakan pada model 308 hatchback (2021) yang akan tampil lebih premium.
Pengarah Urusan Peugeot UK, Julie David berkata, logo baharu dan identiti jenama adalah pembangunan signifikan bagi mana-mana jenama, dan tidak terkecuali Peugeot.
"Logo baharu ini mencerminkan perubahan barisan model kami dan falsafah baru mengenai kehidupan masa kini, dan kami sangat teruja untuk memaparkan logo dan identiti jenama kepada pelanggan kami tahun ini," katanya.
Peugeot juga menjanjikan laman web baharu sebagai sebahagian pengalaman jual beli atas talian menarik yang membolehkan pelanggan melakukan apa saja mereka pernah lakukan di bilik pameran konvensional membabitkan urusan meneroka model pilihan, konfigurasi, jualan, kontrak, kewangan dan tukar beli.
BACA >>> Berjaya Auto Alliance Minta Pemilik Peugeot Kemas Kini Data
BACA >>> 8 Fakta Pantas - Peugeot 308 THP Baharu Diperkenal, Versi Facelift yang Lebih Umpph
Leave a Reply