SATU soalan kerap ditanya pemilik kenderaan, adakah semua bahan api yang dijual di stesen minyak seluruh negara itu sama?
Ramai beranggapan semua bahan api kenderaan di Malaysia sama saja kerana lori tangki pelbagai jenama sering dilihat meninggalkan terminal sama. Betul ke? Jawapannya, TIDAK.
Setiap produk bahan api yang ditawarkan pembekal bahan api sebenarnya berbeza. Ini dijelaskan saintis Shell, Colin Chin (foto atas, kanan). Beliau adalah satu-satunya saintis bahan api warga Malaysia yang berkhidmat di Shell dengan kepakaran lebih 29 tahun dalam industri. Beliau juga salah seorang 120 saintis bahan api dunia yang aktif melakukan inovasi dan pembangunan bahan api.
Selain memiliki pengalaman berharga, Colin juga menjalankan pelbagai kajian bahan api membabitkan petrol dan diesel untuk kenderaan serta bahan api untuk kegunaan loji janakuasa dan kapal.
Pakar penyelidik itu mendakwa bahan api asas (base fuel) RON95 dan RON97 untuk semua jenama adalah sama. Perbezaannya ialah bahan aditif yang dicampurkan dalam base fuel tersebut. Setiap pembekal bahan api menggunakan bahan aditif berbeza yang menjadikan setiap produk akhir, sama ada RON95 dan RON97 di pasaran berbeza.
RAMUAN RAHSIA
Aditif tersebut ialah ramuan rahsia setiap pengeluar dengan perbezaan dalam aspek kandungan, kuantiti dan kualiti. Inilah yang membezakan setiap jenama bahan api di pasaran.
Menurut Colin, fomulasi itu umpama sambal dalam hidangan nasi lemak. Rasa nasi mungkin sama, tetapi resipi sambal rahsia itulah yang berbeza. Kajian pengguna dijalankan Shell mendapati rata-rata rakyat Malaysia menjadikan faktor lebih kilometer sebagai pertimbangan utama pemilihan bahan api.
Shell mengambil berat maklum balas pengguna dan juga kualiti bahan api yang ditawarkan kepada mereka. Hajat ekstra kilometer itu kini boleh dinikmati sebaik saja mengisi setangki penuh FuelSave 95.
Bahan api itu mengandungi ‘sambal rahsia’ yang dicipta lebih 120 saintis di beberapa fasiliti penyelidikan serata dunia. Fomulasi berkenaan bukan produk makmal semata-mata, tetapi diuji sejauh 3 juta kilometer dalam jangka masa lima tahun.
BAGAIMANAKAH SHELL FUELSAVE 95 DAPAT EKSTRA KILOMETER?
Saintis Shell menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kadar kecekapan bahan api daripada setiap titik bahan api dalam tangki minyak kenderaan dan ini adalah kelebihan yang terkandung dalam Shell FuelSave 95.
Shell FuelSave 95 sebenarnya membolehkan anda menikmati ekstra kilometer perjalanan melalui tiga kaedah iaitu:
- Ekstra Penjimatan Serta-merta: Shell FuelSave 95 membantu mengurangkan geseran sehingga 90 peratus pada bahagian kritikal enjin untuk memaksimumkan penjimatan petrol.
- Ekstra Bersih: Shell FuelSave 95 menghalang pembentukan mendapan sehingga 95 peratus untuk enjin yang lebih bersih.
- Ekstra Perlindungan: Shell FuelSave 95 melindungi enjin daripada kehausan, kakisan dan pembentukan mendapan dengan Triple Action Formula.
SELAIN ISI BAHAN API BERKUALITI TINGGI, INILAH CARA DAPATKAN EKSTRA KILOMETER!
Berikut tip dikongsikan Colin jika mahu menikmati kecekapan penggunaan bahan api untuk pemanduan harian dan mendapatkan ekstra kilometer bagi setiap liter Shell FuelSave 95:
Sebagai pengguna bijak, setiap ringgit yang dibelanjakan perlu setimpal dengan nilai pulangan.
Jika ada pilihan produk yang memberikan lebih banyak manfaat, dan pada masa sama membantu kita menikmati penjimatan, kenapa tidak mencubanya?
Di Malaysia, harga setiap liter bahan api adalah sama bagi semua jenama minyak di pasaran. Namun, bahan api yang memberi Ekstra Penjimatan, Ekstra Bersih dan Ekstra Perlindungan cuma ada pada Shell. Ingat sambal, ingat Shell FuelSave!
Leave a Reply