NISSAN Sylphy generasi ketiga menembusi pasaran tempatan pada 29 April lalu dalam dua varian iaitu 1.8E dan 1.8VL. Seperti artikel yang disiarkan Pandulaju.com sebelum ini, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai Nissan Sylphy berbanding generasi terdahulu.
Pertama, Sylphy adalah model serba baharu dan bukan versi dipertingkatkan (facelift). Kedua, Sylphy menawrekan ciri keselamatan lebih baik dan ruang dalaman dilengkapi keselesaan pemanduan. Ia juga adalah model import sepenuhnya (CBU) dari Thailand, dan bukan lagi versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Segambut s,>eperti mana versi terdahulu. Previu penuh boleh rujuk di SINI.
Tidak mengambil masa lama, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) terus mengorak langkah agresif menawarkan penambahan elemen sporty ke dalam rangkaian produknya menerusi pengenalan Nissan Sylphy Talaan IMPUL.
Sedia maklum, sosok badan Sylphy didatangkan dengan gril hadapan bersepadu tiga dimensi berkrom sebagai signatur Nissan dan enam lampu utama LED. Garis karakter bergerak dari lekuk dapra hadapan hingga lampu belakang yang menampilkan rekabentuk ladam kuda besar bersama lampu LED.
Rekaan badan aerodinamik menawarkan halangan udara rendah dan mengoptimumkan laluan angin di bawah kenderaan untuk mencapai kadar pekali seretan (CoD) 0.29 yang pastinya menjanjikan ekstra penjimatan.
Rekaan kabin mengekspresikan efek dinamik dan premium. Keselesaan ruang dalaman ditingkatkan dengan menambah 30mm ruang bahu dan 680mm ruang kaki selain ekstra kapasiti kargo hingga 510L. Sylphy turut menawarkan pengalaman pemanduan selesa dan senyap dengan mengurangkan kesan bising, getar dan kasar (NVH).
Antara aksesori tambahan pada Nissan Sylphy Talaan IMPUL adalah bampar spoiler pada bahagian hadapan dan belakang, skirting sisi serta rim aloi bersaiz 17 inci dengan teknologi rekaan roda terkini. Ia adalah 25mm lebih rendah berbanding model standard.
Ia juga dilengkapi wing spoiler yang menjadi signatur IMPUL dan berfungsi mengoptimumkan aliran udara. IMPUL Sports Springs pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif, sekali gus menambah elemen sporty ke dalam varian terbabit.
Bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu), varian 1.8L berharga RM111,900, manakala 1,8VL, RM121,900, tidak termasuk insurans. Terdapat lima pilihan warna menarik, Cayenne Red (merah), Brilliant Silver (perak), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Diamond White (putih).
Maklumat lanjut berkaitan acara pandu uji Sylphy dan Teana, layari www.nissan.com.my atau hubungi Jabatan Perhubungan Awam ETCM di talian 1800-88-8368. Senarai harga tambahan bagi model Sylphy adalah seperti di bawah;
SPESIFIKASI
ENJIN MRA8DE 1.8L Twin CVTC
KUASA MAKSIMUM 129hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 174Nm@3,600rpm
CIRI ABS, VDC, TCS, BA, 6 Beg Udara SRS, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang
HARGA: RM111,900 (1.8V) | RM121,900 (1.8VL) – tidak termasuk insurans
Pakej Nissan Sylphy Talaan IMPUL | Pakej Lengkap | |
Aksesori | 1.8E | 1.8VL |
Pakej:
| RM 7,900 | RM 6,000 |
Nissan Sylphy Tuned by IMPUL Package | Harga Alat Ganti | |
Aerokit (termasuk Bampar Spoiler Hadapan dan Belakang, Skirting Sisi dan Wing Spoiler Belakang) | RM 3,600 (E) RM 3,000 (VL) | |
Rim Aloi IMPUL Aura SX-20 17 inci (4 unit) | RM 4,500 untuk setiap set | |
Tayar Continental Premium Contact 2 (4 unit) | RM 1,800 untuk setiap set | |
IMPUL Sports Springs | RM 1,000 |
Leave a Reply