HYUNDAI memperkenalkan Ioniq 5 versi elektrik penuh yang dibangunkan berasaskan model konsep Hyundai 45 Concept, iaitu menggunakan Platform Modular Global Elektrik (E-GMP) baharu.
Platform baharu itu dibina khas untuk kenderaan elektrik (EV) Hyundai dengan titik berat rendah dan mampu menampung pelbagai segmen EV. Di Malaysia, Ioniq versi hibrid pernah dibawa masuk untuk pasaran negara ini pada 2016 pada harga jualan sekitar RM100,000 sahaja.
Berikut spesifikasi dan beberapa fakta menarik mengenai Ioniq 5:
BACA >>> Indonesia Lancar e-Hailing Mesra Alam, GrabCar Elektrik Perkenal Hyundai Ioniq EV
Luaran
- Dimasukkan dalam segmen crossover kompak walaupun gaya badan mirip Honda Civic dan Mazda3, dengan dimensi panjang 4,635mm, lebar 1,890mm, dan tinggi 1,650mm, manakala jarak roda 3,000mm.
- Bahagian depan menampilkan rekabentuk fasia unik bentuk V dengan gril tengah berkotak yang nyata berbeza berbanding model Hyundai lain.
- Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh dengan lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu belakang direka dalam bentuk empat segi.
- Hendal pintu direka sama rata dengan badan kereta. Sisi badan tampak unik dan tersendiri dengan garis maskular yang ringkas dan unik.
- Rim bersaiz 20 inci yang menurut Hyundai terbesar pernah dipasangkan pada model jenama itu.
- Pilar-C direka landai yang membuatkan profil SUV itu nampak sporty ala model coupe.
Dalaman
- Bahagian dalaman ringkas dan selesa dengan kerusi depan disertakan pad penyandar kaki yang boleh digunakan ketika berbaring.
- Papan pemuka menggunakan skrin 12 inci untuk kluster instrumen dan unit infotainment. Ini juga kali pertama Hyundai menemukan sistem Realiti Imbuhan (Augmented Reality, AR) yang memaparkan pelbagai maklumat pada skrin depan.
BACA >>> India Lancar Motosikal Elektrik Mirip Sportbike Kawasaki, Harga Mula RM7k
- Model ini menyediakan konsol tengah yang boleh dialih depan atau belakang. Pergerakan tidak jauh, hanya beberapa sentimeter saja, tetapi cukup untuk memberikan ekstra ruang gerak buat penumpang.
- Ruang but agak luas, iaitu standard 531 liter, dalam jika semua kerusi direbahkan, kapasiti simpanan bertambah kepada 1,600 liter.
- Menggunakan bahan mesra alam dan kitar semula seperti botol plastik terpakai, benang wol dan benang lain berasaskan tumbuh-tumbuhan.
- Kemasan upholsteri menggunakan kulit diproses dengan kaedah mesra alam, manakala bahagian lain seperti papan pemuka, stereng, panel pintu dan tombol menggunakan cat khas daripada ekstrak tumbuhan.
Trenkuasa
- Ada dua pilihan bateri: 58kWh dan 72.6kWh.
- Disediakan dua pilihan motor: satu motor untuk penggerak pacuan semua roda (AWD), dan dua motor untuk penggerak AWD. Spesifikasi premium dibekalkan dua motor dan bateri 72.6kWh.
- Kuasa dihasilkan 301hp dengan tork 604Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 185kmj. Model standard mampu memecut 0-100kmj dalam masa 8.5 saat.
- Jarak pemanduan belum diperincikan. Menurut rating prosedur kenderaan ringan sedunia (WLTP), SUV ini boleh dipandu sejauh 500km untuk bateri 72.6 kWh atau hampir 200km untuk bateri 58kWh. Kedua-dua jarak perjalanan itu untuk model pacuan roda belakang (RWD) bukan AWD.
Bateri
- SUV ini boleh mengecas bateri kereta elektrik lain jika diperlukan, tetapi pengecasan dibuat cuma 3.6kW dan hanya boleh dilakukan jika kapasiti bateri Ioniq 5 atas 15 peratus.
- Jika bateri sudah dicas 15 peratus, Ioniq 5 akan berhenti mengecas untuk kenderaan lain itu ada cukup tenaga untuk dipandu ke stesen pengecas terdekat.
- Dengan arkitektur bateri 800V, Ioniq 5 mampu dicas dengan tenaga 350kW dengan pengecasan pantas (fast charging). Hasilnya, bateri dapat dicas daripada 10 peratus hingga 90 peratus dalam masa 18 minit.
- Sebagai pilihan, pembeli boleh memasang bumbung panel solar untuk mengisi tenaga bateri. Menurut Hyundai, jika dijemur bawah matahari, jarak perjalanan boleh ditambah 5-6km per hari atau kira-kira 2,000km per tahun.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply