APRILIA menyiarkan video acah naked bike middleweight terbaharu jenama itu, Tuono 660 (2021) menjelang pelancaran rasmi model tersebut.
Ramai mungkin sudah mengetahui mengenai spesifikasi asas model tersebut yang dikatakan berkongsi nadi sama dengan RS660, tetapi pastinya ada perubahan dari segi talaan untuk disesuaikan dengan karakter motosikal berkenaan.
Video berdurasi 56 saat itu memaparkan Tuono 660 (2021) di bawah pancaran kelipan lampu malap-terang yang jelas menyerlahkan sosok maskulin jentera tersebut.
Apa yang jelas kelihatan dalam video acah itu ialah bentuk lampu siang (DRL) LED, kluster instrumen digital penuh, pelana terpisah dengan warna merah untuk penunggang dan hitam untuk pembonceng, fairing sisi dengan dekal 'Aprilia'. Juga dapat dilihat unit fork terbalik (USD), swingarm dan unit ekzos, warna badan dwi-tona perak dan merah, serta rim merah. Lampu belakang LED diposisikan betul-betul bawah pelana.
Model Aprilia kecil dulu dijual pada harga £9,700 (RM54,290) yang menjadikan ia model middleweight atau kelas A2 paling mahal di dunia. Trenkuasa sama seperti model RS dengan talaan kuasa 95hp, kurang 5hp daripada RS660. Antara pakej elektronik diberikan ialah kawalan wheelie, ABS selekoh, kawalan brek enjin, kawalan traksi dan lima mod tunggang.
BACA >>> #Spyshot: Aprilia Tuono 660 (2021) Dikesan Sedang Diuji di Itali
BACA >>> Aprilia Dedah Video Acah Debut Tuono 660 (2021), Lancar Februari Ini!
Leave a Reply