• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO : Peraduan 'Drive 2 Win'

BERITA AUTO : Peraduan 'Drive 2 Win'

August 17, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Drive2win_ContestJOM ramai-ramai ke pusat pameran Peugeot seluruh negara bagi merebut hadiah utama peraduan 'Drive 2 Win', Peugeot RCZ anjuran Nasim Sdn Bhd. Caranya mudah, pandu uji mana-mana model Peugeot dan isi borang disediakan ke dalam kotak peraduan.

Hanya satu penyertaan saja diterima bagi setiap sesi pandu uji. Manakala bagi pelanggan yang membuat tempahan ke atas mana-mana model Peugeot, anda layak menyertai sehingga lima penyertaan. Tempoh peraduan bermula dari 15 Ogos dan berakhir pada 31 Oktober 2014. Sepanjang tempoh peraduan, ia dibahagikan kepada enam siri dengan tempoh masa antara dua minggu bagi setiap siri.

Selain merebut hadiah utama, pemenang siri mingguan turut akan dipilih dan bakal membawa pulang hadiah berupakan Sony Xperia Z2, Samsung Galaxy S5, Samsung Balaxy Note 12.2, Macbook Air dan baucar membeli-belah bernilai RM500.

Drive2win_contest_car stickerKetua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George berkata, Peugeot RCZ adalah antara model premium bagi segmen Coupe dan sudah terjual sebanyak 500 unit sejak ia dilancarkan pada mei 2011.  " Menerusi peraduan ini,  ia adalah peluang keemasan bagi mereka yang meminati kereta sport coupe," katanya.

Dalam pada itu, Peugeot Cruisers bakal ke beberapa lokasi terpilih untuk mengedarkan pelbagai barangan percuma Peugeot bermula 23 Ogos hadapan. Antaranya, Taman Tun Dr ismail, Ara Damansara, Desa Park City, Setia Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Jaya One.

Manakala bagi kawasan luar Lembah Klang pula adalah Bandar Baru Uda, South City Mall, Setia Tropik di Johor Bahru dan Georgetown serta Batu Feringghi di Pulau Pinang.

Maklumat lanjut berkaitan promosi atas peraduan 'Drive 2 Win', layari www.peugeot.com.my atau laman Facebook Peugeot di www.facebook.com/peugeotmalaysia serta ikuti akaun Twitter @peugeotmalaysia di twitter.com/peugeotmalaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Samson Anand George, Drive 2 Win, Nasim Sdn Bhd, Peugeot, Peugeot 2008, Peugeot 208, Peugeot 3008, Peugeot 408, Peugeot 5008, Peugeot 508, Peugeot RCZ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev