• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Spesifikasi Honda CB650R, CBR650R (2021) Facelift: Lancar di Malaysia, Harga Mula RM43k

Spesifikasi Honda CB650R, CBR650R (2021) Facelift: Lancar di Malaysia, Harga Mula RM43k

February 16, 2021 By Aryon Leave a Comment

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) melancarkan dua model sportbike middleweight versi 2021, iaitu CB650R dan CBR650R versi dipertingkat (facelift) dengan ciri dinaik taraf dan warna baharu lebih menarik.

Pada 2019, CB650R dan CBR650R diperkenalkan dengan identiti baharu lebih segar untuk barisan model middleweight baharu. Model sportbike fairing dan naked bike gaya baharu  ini mensasarkan penunggang muda yang mahu menyerlahkah gaya selain menikmati enjin 4-silinder berprestasi tinggi yang ringan, dan versatil.:

Menerusi model baharu ini, BSH memperkenalkan naik taraf major pada suspensi depan dan pelbagai ciri lain yang ditambah baik bagi meningkatkan keselesaan, pengendalian dan praktikaliti.

Berikut naik taraf major yang dimiliki CB650R dan CBR650R edisi 2021:

  • Kedua-dua model mendapat komponen suspensi berkualiti tinggi, iaitu fork terbalik (USD) SFF-BP (Separate Function Bis Piston) Showa 41mm yang menjanjikan tahap redaman berprestasi tinggi dan juga lebih ringan.

  • Kluster instrumen LCD ditambah baik dengan saiz fon dan sudut LED diperbaharui.
  • Frem 'diamond' menggunakan plat pivot swingarm tekanan dan spar elip kembar (twin-elliptical spar) yang ditala khas untuk memberikan karakter pengendalian seimbang.
  • Sistem brek jenis brek cakera petal jenis apung 310mm dengan kaliper radial 4-piston di depan, dan brek cakera 240mm dengan kaliper brek piston tunggal di belakang
  • Kedua-dua brek dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran yang membantu kelancaran tunggangan dalam pelbagai kondisi jalan.
  • Ada palam USB Type-C bawah pelana untuk memudahkan penunggang mengecas telefon pintar.
  • dan grafik terkini.
  • Kedua-dua model dijana enjin patuh Euro4, 4-lejang 16-injap 649cc DOHC berkuasa 93.8hp @ 12,000rpm, dengan julat tork pertengahan tinggi, iaitu 63Nm @ 8,500 rpm.
  • Juga dilengkapkan ciri kawalan tork Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengekalkan traksi roda belakang.
  • CB650R (2021) ditawarkan dalam warna: Candy Chromosphere Red dan Mat Gunpowder Black Metallic yang berharga RM43,499, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti kilang dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu)
  • CBR650R (2021) pula ditawarkan dalam warna Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic pada harga RM45,499, tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Juga diberikan waranti kilang dua tahun dan 20,000km (mana satu tiba dulu)

Maklumat lanjut boleh layari bilik pameran pengedar Honda BigWing atau hubungi BSH di talian bebas tol 1-800-88-3993 atau layari www.hondabigbike.com.my.

 

BACA >>> Zontes Perkenal Dua Sportbike 125cc untuk Pasaran Eropah, Harga RM15k
BACA >>> Honda Jepun Perkenal CB650R, Harga RM36,076 Sahaja!
BACA >>> Honda Thailand Perkenal CBR650 dan CB650R (2021) Baharu dengan Warna Baharu, Pengecas USB

HONDA CB650R (2021)
honda-cb650r-2021-malaysia-1
honda-cb650r-2021-malaysia-2
honda-cb650r-2021-malaysia-3
honda-cb650r-2021-malaysia-4
honda-cb650r-2021-malaysia-5
honda-cb650r-2021-malaysia-6
honda-cb650r-2021-malaysia-7
HONDA CBR650R (2021)
honda-cbr650r-2021-malaysia-1
honda-cbr650r-2021-malaysia-2
honda-cbr650r-2021-malaysia-3
honda-cbr650r-2021-malaysia-4
honda-cbr650r-2021-malaysia-5
honda-cbr650r-2021-malaysia-6
honda-cbr650r-2021-malaysia-7

Related

743
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CB650R (2021), Honda CBR650R (2021), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev