• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Africa Twin Akan Dapat Ciri Android Auto

Honda Africa Twin Akan Dapat Ciri Android Auto

February 11, 2021 By Aryon Leave a Comment

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA bakal memperkenalkan fungsi Android Auto yang akan dimuatkan pada kluster instrumen TFT untuk model CRF1100L Africa Twin (2021), dan juga boleh dimuatturunkan pada model-model lama.

Sebelum Africa Twin, Honda sebelum ini sudah mengemas kini pilihan konektiviti terkini pada model-model perdana jenama itu seperti Gold Wing (2020).

Mungkin ada belum tahu, apakah Android Auto? Ini ialah sistem operasi (OS) terbina dalam (built-in) yang dimuatkan dalam kluster instrumen kenderaan dan dipaparkan dalam bentuk antaramuka seperti telefon pintar jenis Android, tetapi versi lebih ringkas.

BACA >>> Honda CRF1100 Africa Twin (2020) Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM99k
BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Advance Explorer - Modifikasi Touring untuk Kembara Lasak

Sistem ini membolehkan penunggang mengakses aplikasi seperti Google Maps, muzik, mesej dan panggilan, serta servis lain sama ada secara kawalan sentuhan atau arahan suara.

Pemilik Africa Twin sedia ada boleh menaik taraf ciri Android Auto ini dengan mengunjungi pengedar Honda terpilih. Bagaimanapun, Honda masih belum menjelaskan model tahun bila yang layak mendapat kemas kini tersebut.

Android Auto tersedia untuk telefon pintar Android versi 5.0 atau lebih terkini, dan apa perlu dilakukan ialah memuat turun aplikasi Android Auto pada telefon. Ciri ini sebenarnya sudah digunakan meluarkan untuk unit infotainment kereta selain ciri Apple CarPlay untuk pengguna telefon pintar iPhone.

Related

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Android Audo, Auto Terkini, Honda Africa Twin, Honda CRF1100L Africa Twin, roda2, touring bike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev