• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat

Elak Langgar Tayar Lori, Proton X50 Ini Terbabas dan Remuk Teruk, Tapi Pemandu Selamat

February 11, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Proton X50 terbabit dalam kemalangan tragis di KM297.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas pemandunya hilang kawalan akibat terlanggar rim dan tayar lori yang tercampak atas jalan. Ini juga boleh dikatakan insiden kemalangan paling teruk pertama melibatkan X50 yang dilaporkan setakat ini.

SUV mangsa dikatakan berpusing beberapa kali, tetapi mujurlah tiada kecederaan serius menimpanya. Berdasarkan foto disiarkan, jelas sekali X50 miliknya itu mengalami kerosakan penuh (total lost), terutama bahagian depan yang remuk teruk.

Apa dapat diulas, bahagian pilar-A masih dalam bentuk asal dan beg udara mengembung sepenuhnya di depan, sisi dan belakang.

Mengenai kereta mangsa, model dipandunya itu ialah varian Flagship, iaitu paling premium dengan spesifikasi penuh dan mendapat rating 5-bintang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP. Penampilan varian ini dapat dibezakan dengan warna badan dwi-ton iaitu bumbung hitam. Juga dilengkapkan ciri keselamatan penuh, termasuk Sistem Bantuan Pemandu Termaju (A.D.A.S) 2.0.

BACA >>> #PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!
BACA >>> Perbandingan: Proton X50 vs 6 Model SUV Segmen-B di Malaysia Sepanjang 2020

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kemalangan Proton X50, Proton, Proton X50, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my