• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Turunkan Harga Siling RON95, Diesel

Kerajaan Turunkan Harga Siling RON95, Diesel

February 11, 2021 By Han Othman Leave a Comment

304
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN akan menurunkan had harga siling baharu untuk petrol iaitu RM2.05 seliter untuk RON95, dan RM2.15 seliter untuk diesel, menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Penetapan harga siling tersebut bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak ketara peringkat global. Had harga siling itu juga lebih rendah berbanding apa dilaksanakan Kerajaan terdahulu pada 2019, iaitu RM2.08 seliter (RON95), dan RM2.18 seliter (diesel).

Ini bermakna Kerajaan akan menampung perbezaan harga pasaran sebenar dengan harga runcit ditetapkan secara mingguan melalui peruntukan subsidi.

Zafrul berkata, keputusan diambil berdasarkan trend harga pasaran sebenar produk petroleum yang semakin meningkat berikutan peningkatan permintaan minyak mentah dunia, selain dipengaruhi pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi seluruh dunia.

"Trend harga minyak global juga dipengaruhi pelan vaksinasi Covid-19 yang mula dilancarkan secara beransur-ansur di seluruh dunia. Malaysia sendiri akan melancarkan Program Imunisasi Kebangsaannnya bermula hujung Februari 2021," katanya.

Harga minyak mentah Brent hari ini mencecah paras AS$61.52 (RM248.79) setong buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun berikutan pelabur optimis mengenai permintaan susulan ekonomi global pulih daripada pandemik Covid-19.

Pada Jumaat lalu, harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen seliter, manakala diesel naik 4 sen seliter hingga esok, iaitu RM1.93 (RON95), RM2.23 (RON97) dan RM2.11 (diesel).

BACA >>> Thailand Lancar Honda Wave 110i (2021) Serba Baharu, Casis Ringan, Tangki Petrol 5 Liter!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?

SUMBER: BeritaHarian

Related

304
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, diesel, harga siling minyak, Ron95, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev