• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP 2.0: Institut Memandu Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

PKP 2.0: Institut Memandu Rayu Kerajaan Benarkan Operasi

February 10, 2021 By Han Othman Leave a Comment

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANYAK 233 institut memandu seluruh negara merayu Kerajaan membenarkan perkhidmatan itu kembali beroperasi selepas hampir sebulan terjejas teruk akibat pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA) Mat Aris Bakar berkata, penutupan institut memandu bagi tempoh panjang menyebabkan pemberhentian pekerja, termasuk kemungkinan penutupan institut memandu.

Menurutnya, ada lebih 20,000 pekerja yang bergantung sepenuhnya kepada industri tersebut dan bakal kehilangan pekerjaan jika situasi sekarang berlanjutan.

Penutupan institut memandu turut membantutkan inisiatif pemahiran semula (reskilling) pemohon lesen kenderaan bagi menjana pendapatan melalui perkhidmatan e-hailing, khidmat penghantaran barang ‘runner’ dan kurier yang mendapat permintaan tinggi sepanjang PKP. Malah impak penutupan institut memandu jadi lebih besar keranan melibatkan banyak pihak.

PIMA sudah menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Januari lalu bagi menyuarakan cadangan membuka semula institut memandu seluruh negara.

Salah seorang pengajar di Pusat Latihan Memandu Cawangan Kajang/Bangi, Yusrizam Yusof, 39, berkata, dia terpaksa mencari pekerjaan lain kerana pendapatan sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada sesi pengajaran dan latihan memandu pelajar serta tiada gaji pokok. Malah, tahun lalu dia tidak bekerja selama tiga bulan sepanjang PKP pertama dilaksanakan.

BACA >>> PKP 2.0: Sudah Boleh Makan di Kedai, Dua Orang Semeja dengan Jarak 1.5 Meter
BACA >>> PKP 2.0: Lebih Banyak Sektor Perniagaan Boleh Buka Sampai 10 Malam, Mula Hari Ini

SUMBER: Bernama

Related

343
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Institut Memandu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP 2.0, Sekolah Memandu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev