• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKP 2.0: Tren Rapid KL Akan Beroperasi Hingga 11 Malam, Mula Esok

PKP 2.0: Tren Rapid KL Akan Beroperasi Hingga 11 Malam, Mula Esok

February 10, 2021 By Azhan O Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA perkhidmatan tren Rapid KL di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi jam 6 pagi hingga 11 malam bermula esok berikutan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 18 Februari ini.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, kekerapan luar waktu puncak perkhidmatan rel Rapid KL juga akan diubah kepada setiap 15 minit, manakala kekerapan pada waktu puncak kekal seperti biasa.

Perubahan itu melibatkan jajaran tren bagi LRT (Transit Aliran Ringan) Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT (Transit Aliran Massa) Laluan Kajang dan Laluan Monorel KL.

BACA >>> Rapid KL Tambah 15 Laluan Bas Perantara LRT Merah Jambu

Semua pengguna perkhidmatan rel Rapid KL dinasihatkan merancang perjalanan.

Prasarana turut menggalakkan pengguna sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair sanitasi, mengambil suhu badan dan mendaftar aplikasi MySejahtera atau buku log sebelum masuk tren.

Semua langkah ini penting bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 selain memudahkan Kementerian Kesihatan membuat pengesanan semula jika berlaku kes positif.

BACA >>> Kena Berhenti Kerja, Drebar Bas Ekspres Terpaksa Sewa Lori Hantar Ketum

;

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, Operasi Tren Rapid KL, PKP 2.0, Rapid KL, tren, Tren Rapid KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev