• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maxus D60 Lancar di Filipina: Spesifikasi, Harga dan Varian

Maxus D60 Lancar di Filipina: Spesifikasi, Harga dan Varian

February 8, 2021 By Han Othman Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAXUS Philippines memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, D60 untuk pasaran Filipina menerusi pelancaran digital, yang juga model kelima jenama itu menjengah pasaran republik tersebut.

Model terakhir dibawa masuk Maxus di Filipina ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) G50 yang diperkenalkan tahun lalu, selain tiga model lain seperti G10, T60 dan V80. Produk Maxus juga ada dijual di Malaysia, iaitu model trak pikap T60 yang dijual pada harga kira-kira RM99k.

Apa yang menarik tentang D60 ini?

  • Ditawarkan dalam dua varian dengan dua konfigurasi tempat duduk berbeza pada harga seperti berikut:
    • 1.5T Pro (5-kerusi) - 1.148 juta peso (RM97,030)
    • 1.5T Elite (7-kerusi) - 1.258 juta peso (RM106,340)
  • Dikuasakan enjin petrol 1.5L pengecas turbo berkuasa 166hp dan tork 250Nm, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Rekabentuk luaran mengambil ilham model konsep Maxus Tarantula Concept dengan mengetengahkan gaya berani, aktif dan dinamik urban yang memenuhi cita rasa profesional muda dan keluarga muda.

  • Menampilkan rekabentuk signatur Maxus menerusi gril oktagon dengan paten sarang labah-labah, manakala lampu utama gaya matriks jenis LED penuh, dan lampu belakang tirus.
  • Gerbang roda yang ditutupi pelapik plastik, dan rim aloi 18 inci memberikan profil badan SUV yang rendah.
  • Selain penumpang depan, penumpang belakang turut dibekalkan ventilator penyaman udara.

  • Ada unit infotainment 8 inci.
  • Varian Elite menawarkan opsyen penghidup tanpa kunci (keyless) dan punat tekan-mula (push-start), kerusi kulit dan cermin sisi boleh lipat elektrik.
  • Ciri keselamatan terdiri daripada sistem pasif dan aktif seperti Program Stabiliti Elektronik (ESP), Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan bantuan pegun automatik (auto-hold), kawalan jelajah, beg udara sisi dan depan, kamera undur, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), dan Kawalan Jarak Parkir Belakang (PDC). Tambahan sistem PDC di depan untuk varian Elite.
  • Dipadukan dengan Teknologi Kimpalan Lapisan Ganda (DLWT) untuk tambahan kekuatan dan kualiti struktur luaran.
  • Setiap varian mendapat dua warna berbeza:
    • Elite - Competitive Orange dan Polar Ash
    • Pro - Metal Black dan Wace Red
    • Kedua-dua varian - Warm Argent dan Warm White

BACA >>> Maxus T60 - Pesaing Baharu Trak Pikap dengan Ciri Keselamatan Moden, Harga RM99k!
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70

maxus-d60-filipina-1
maxus-d60-filipina-2
maxus-d60-filipina-4
maxus-d60-filipina-5
maxus-d60-filipina-6
maxus-d60-filipina-7
maxus-d60-filipina-8

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Filipina, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Maxus, Maxus D60, Maxus Philippines, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
    #PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev