• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Polis Itali Dapat MV Agusta Turismo 800 Luzzo SCS (110hp, 80Nm)

Polis Itali Dapat MV Agusta Turismo 800 Luzzo SCS (110hp, 80Nm)

February 8, 2021 By Aryon Leave a Comment

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Polis Milan di Itali baru saja mendapat empat unit MV Agusta Turismo 800 Luzzo SCS, dan akan menyertai model lain sedia ada, iaitu Turismo Veloce dan Rivale yang sudah sedia berkhidmat.

Berbanding model komersial, Turismo Veloce 800 Lusso SCS baharu ini menampilkan skema biru-putih yang menjadi warna rasmi polis Itali. Sebagai tambahan, MV Agusta turut melengkapkan semua motosikal tersebut dengan aksesori khas untuk polis.

Antaranya ialah kluster instrumen yang disepadukan dengan sistem radio dan navigasi (GPS) satelit. Panel suis juga ditambahkan dengan butang fungsional untuk kawalan lampu dan hon.

Sama seperti versi komersial, Turismo Veloce 800 Lusso SCS untuk polis Itali ini menggunakan enjin 3-silinder sebaris 798cc berkuasa 110hp @ 10,150rpm dan tork 80Nm @ 7,100rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan didatangkan dengan klac pintar (Smart Clutch System).

Dengan kapasiti tangki minyak 21.5 liter, sportbike middleweight ini dapat ditunggang sejauh lebih 300km, manakala kelajuan maksimum mampu mencecah kelajuan 230kmj. Versi polis ini juga dilengkapkan dengan ciri casis antilompat, dan sistem hon dan lampu kelip beri laluan.

Juga ada tambahan beg sisi yang diubah suai untuk memuatkan kelengkapan elektronik milik polis peronda. Bahagian belakang ada antena untuk memancarkan signal dan lampu amaran.

Turismo Veloce 800 Lusso SCS gaya polis ini memiliki rekabentuk sama dengan model komersial kecuali skema warna biru-putih. Tangki dibuat daripada material plastik keras yang boleh ditanggalkan dengan membuka klip tetap.

Antara teknologi dimiliki ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch, terotel automatik, dan kawalan traksi 8-tetapan. Di pasaran versi komersial MV Agusta Turismo Veloce 800 Lusso SCS dijual pada harga bermula AS$25,115 (RM102,105).

polis-itali-mv-agusta-12
polis-itali-mv-agusta-1
polis-itali-mv-agusta-2
polis-itali-mv-agusta-20
polis-itali-mv-agusta-21
polis-itali-mv-agusta-22
polis-itali-mv-agusta-14
polis-itali-mv-agusta-3
polis-itali-mv-agusta-4
polis-itali-mv-agusta-5
polis-itali-mv-agusta-6
polis-itali-mv-agusta-7
polis-itali-mv-agusta-8
polis-itali-mv-agusta-9
polis-itali-mv-agusta-10
polis-itali-mv-agusta-11
polis-itali-mv-agusta-13
polis-itali-mv-agusta-15
polis-itali-mv-agusta-16
polis-itali-mv-agusta-17
polis-itali-mv-agusta-18
polis-itali-mv-agusta-19
polis-itali-mv-agusta-23

Related

195
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Italia Polizia, MV Agusta, Polis Itali, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev