• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli 752S (2021) Kini di Malaysia! Harga RM37k

Benelli 752S (2021) Kini di Malaysia! Harga RM37k

February 8, 2021 By Aryon Leave a Comment

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar motosikal Benelli di Malaysia, MForceBike Holdings Sdn Bhd melancarkan 752S (2021) pada harga RM37,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans selepas kali terakhir memperkenalkan model itu pada 2018.

Berikut spesifikasi Benelli 752S (2021) yang dilancarkan di Malaysia:

  • Dijana enjin patuh Euro4 bersesaran 4-lejang 8-injap dwi-silinder 754cc berkuasa 76hp @ 8,500rpm dan tork 67Nm @ 6,500rpm dengan sistem suntikan bahan api elektronikl (EFI), serta transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
  • Menampilkan rekabentuk moden, dinamik dan straightforward yang menepati cita rasa ramai penunggang.
  • Ditawarkan dalam tiga warna pilihan, merah, hitam dan hijau.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Marzochhi di depan dan monoshock prabeban di belakang yang boleh dilaraskan mengikut keperluan.
  • Dimensi motosikal memiliki panjang 2,130mm lebar 820mm tinggi 1,100mm, serta jarak roda 1,460mm.
  • Tinggi pelana 810mm dan jarak lega bumi 180mm, manakala kapasiti tangki petrol 14.5 liter.
  • Sistem brek menggunakan dwi-cakera Brembo semi-apung 320mm dengan kaliper 4-piston dan cakera tunggal 260mm dengan kaliper 2-piston di belakang yang kedua-dua brek dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

  • Tayar jenis tiubles bersaiz 120/70 ZR17 (depan) dan 180/55 ZR17 (belakang).
  • Kapasiti tangki 14.5 liter, manakala berat jentera 226kg.
  • Kluster instrumen jenis TFT digital penuh yang memberikan kualiti paparan lebih cerah dan tajam berbanding LCD biasa.

Benelli 752S (2021) kini sudah berada di pasaran dan boleh dibeli di mana-mana wakil pengedar terpilih. Setiap pembelian akan mendapat pakej waranti dua tahun atau perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu). MForce Bike turut menyediakan jualan alat ganti secara atas talian.

BACA >>> Benelli Imperiale 400 Retro Edition (2021) Lancar di Thailand, 100 Unit Sahaja, Harga RM18k
BACA >>> Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k

Related

437
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli 752S (2021), naked bike, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my