SEPERTI dinantikan dan dijanjikan, Boon Siew Honda (BSH) sebentar tadi melancarkan skuter advencer Honda ADV 150 (2021) untuk pasaran Malaysia pada harga RM11,999.
Berikut perincian mengenai ADV 150 (2021) spesifikasi Malaysia:
- Dijana enjin eSP patuh Euro4 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149.3cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 14.6hp @ 8,500rpm dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm, yang dipadankan transmisi automatik V-matic jenis sentrifugal klac kering.
- Memiliki dimensi panjang 1,950mm, lebar 763mm dan tinggi 1,153mm, manakala jarak roda 1,324mm.
- Jarak lega bumi 165mm memberikan gaya tunggangan lebih versatil dan mudah dalam pelbagai kondisi rupa bumi.
- Dibina berasaskan frem double-cradle dengan tinggi pelana 795mm, dan berat kering 133kg. Pelana belakang yang direka tinggi memberikan ekstra keselesaan buat pembonceng.
- Kapasiti tangki mampu mengisi 8 liter petrol.
- Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh dengan sistem lampu siang (DRL) moden. Lampu belakang dan lampu signal belok LED disepadukan pada fender belakang dengan rekabentuk seakan motosikal besar. Kluster instrumen pula jenis LCD penuh dengan gaya sporty.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik Showa 130mm di depan, dan dwi-absorber dengan subtangki di belakang.
- Sistem brek dikawal brek cakera 240mm jenis petal di depan yang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci saluran tunggal, dan brek cakera 220mm di belakang.
- Menggunakan tayar lebar jenis tiubles bersaiz 110/80 14M/C 53P (depan) dan 130/70 13M/C 57P (belakang).
- Memiliki luas simpanan bawah pelana 27.8 liter yang mampu mengisi satu helmet dan barangan kecil. Juga ada soket kuasa pada kotak konsol depan yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar atau peranti elektronik lain.
- Visor angin boleh laras ketinggian dua tetapan, ciri sama yang diberikan untuk skuter kapasiti dan juga satu-satunya model 150cc dilengkapi ciri ini.
- Antara ciri keselamatan diberikan ialah kunci pintar Honda SMART Key, Signal Henti Kecemasan (ESS), dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal.
- Ditawarkan dalam dua pilihan warna: Vivacity Red (merah) dan Mat Charcoal Gray Metallic (kelabu)
ADV 150 (2021) kini boleh di beli pusat jualan BSH seluruh negara pada harga RM11,999. Sebarang maklumat boleh kunjungi pengedar Honda terdekat atau hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-3993
BACA >>> Honda ADV 150 Lebih Mantap 'Layan Corner' Berbanding PCX 150?
BACA >>> #Spyshot: Yamaha NVX (2021) Dikesan di Malaysia, Perubahan Sama Seperti Aerox 155 Connected?
azman says
I nak booking