• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Patenkan Transmisi Semi-Auto (SAT), Fiil Macam Manual, Tidak Perlu Tarik Klac

Kawasaki Patenkan Transmisi Semi-Auto (SAT), Fiil Macam Manual, Tidak Perlu Tarik Klac

February 4, 2021 By Aryon Leave a Comment

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETEPATAN mengendalikan jentera dan fiil kawalan terotel serta menukar gear yang disatukan dengan koordinasi tubuh dan minda adalah sebab kenapa ramai suka menunggang berbanding memandu.

Namun, motosikal moden masa kini bukan lagi seperti dulu yang bergantung sepenuhnya kepada skil penunggang dan perlu diasah dengan pengalaman. Motosikal hari ini turut dilengkapi teknologi bantuan penunggang yang menjadikan pengalaman menunggang lebih mudah dan selamat.

Misalnya, indikator anjakan gear memberikan had rev tepat untuk penunggang menukar gear supaya motosikal sentiasa berada dalam traksi yang betul.

BACA >>> Honda Rebel 1100 (2021) Debut dengan Opsyen Transmisi Manual, DCT

Satu lagi ciri baharu ialah transmisi dual-klac (DCT) diperkenalkan Honda yang kini digunakan model seperti Africa Twin, VFR1200X, NC750X dan beberapa model lain.

Ada Apa dengan DCT?

Dalam dunia kereta, DCT bukanlah teknologi asing lagi, tetapi masih sangat baharu dalam industri motosikal. DCT ialah kotak gear yang mampu mengambil alih operasi klac dan anjakan gear, lalu had rev enjin dipadankan dengan posisi gear paling tepat.

DCT mampu memberikan fiil menunggang sporty seakan menunggang motosikal manual, tetapi dengan keselesaan jentera automatik. Malah, penunggang boleh menukar kepada mod manual pada bila-bila masa dikehendaki.

Walaupun keupayaan teknologi baharu itu masih terbatas, tetapi ramai penunggang memuji sistem berkenaan yang mampu membuatkan mereka lebih fokus menunggang berbanding cuba memadankan rev enjin dan masa melepaskan klac.

BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu

KAWASAKI BANGUNKAN GEAR SEMI AUTO

Terbaharu, Kawasaki kini sedang membangunkan transmisi semi-automatik (SAT) sendiri. Namun, berbeza daripada DCT milik Honda, kotak gear Kawasaki itu menggunakan klac tunggal dan penunggang masih perlu menukar gear. Boleh bayangkan lebih kurang macam gear EX-5, tetapi dalam versi untuk motosikal kuasa besar.

Melihat paten terbaharu difailkan Kawasaki, sistem tersebut masih menggunakan klac tunggal gaya konvensional dan ada pedal gear. Pedal gear itu pula disambungkan kepada transmisi secara elektronik (shift-by-wire) dengan kehadiran komponen aktuator yang berfungsi melakukan anjakan gear tepat.

Menurut Kawasaki, sistem tersebut akan membuatkan rekabentuk transmisi jadi lebih ringkas dan mudah disenggara berbanding DCT. Manfaat lain, pedal gear boleh diletakkan di mana-mana posisi motosikal tanpa perlu bimbang tentang menyambungkan rod syif. Ini jadi cukup berguna untuk motosikal jenis cruiser dan tourer yang memiliki posisi kaki di depan.

Rekabentuk baharu itu juga akan menjadikan pedal gear motosikal berfungsi seakan peranti kawalan jauh untuk berkomunikasi dengan kotak gear tentang gear paling tepat hendak digunakan. Senang cerita, fungsinya hampir sama seperti transmisi automatik kereta. Ingat lagi Proton Savvy?

Siapa tahu pada masa akan datang teknologi shift-by-wire akan mengubah rekabentuk asas motosikal seperti yang kita lihat hari ini.

Related

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kawasaki, paten Kawasaki, roda2, Transmisi Semi Automatik (SAT), Transmisi Semi-Automatik Kawasaki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev