• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Tular: 'Doktor U-Turn' Minta Maaf, UPM Janji Akan Siasat

#Tular: 'Doktor U-Turn' Minta Maaf, UPM Janji Akan Siasat

February 4, 2021 By Han Othman Leave a Comment

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU wanita dalam video tular yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu hampir dilanggarnya pagi kelmarin disahkan sebagai pensyarah perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berdasarkan status dimuat naik laman Facebook rasmi Institut Pengajian Tinggi (IPT) itu.

Dalam kenyataan itu, UPM menegaskan memandang serius insiden video tular melibatkan kakitangan tersebut dengan seorang pemandu lain di persimpangan lampu isyarat dekat Hospital Serdang, Selangor.

Pensyarah itu dikatakan melakukan pusingan-U di tempat tidak sepatutnya dan nyaris terlanggar kereta perakam video yang bertindak membunyikan hon. Berang dihon, pemandu wanita itu bertindak mengejar kereta perakam sebelum kedua-duanya saling bertikam-lidah.

BACA >>> #Tular: Pemandu Wanita 'Naik Sheikh' Kena Hon Sebab U-Turn Tempat Salah

UPM menyatakan apa dilakukan kakitangannya itu bukan mencerminkan sahsiah dan etika yang sepatutnya ditunjukkan warga IPT itu. Malah, berjanji akan melakukan siasatan untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum itu, Hospital Serdang dalam kenyataan akhbar semalam menafikan dakwaan yang mengaitkan pemandu wanita itu sebagai kakitangan hospital berkenaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Bahariah (Prof Madya) (@bahariahkhalid._)

Semalam juga, pensyarah itu, Prof Madya Bahariah Khalid memuat naik status memohon maaf di laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, cuma itu satu-satunya status yang dimuat naik dalam akaun tersebut, dipercayai diwujudkan khas untuk menyatakan permohonan maaf atas insiden yang berlaku.

BACA >>> #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga - Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

Related

580
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pensyarah UPM Maki Pemandu, Profesor Madya, tular, U-Turn Simpang Lampu Isyarat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev