• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Paris Mahu Kenakan Caj Parkir untuk Penunggang Motosikal, NGO Nak Demo!

Paris Mahu Kenakan Caj Parkir untuk Penunggang Motosikal, NGO Nak Demo!

February 3, 2021 By Aryon Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DATUK Bandar Paris bakal menamatkan parkir percuma untuk motosikal di beberapa kawasan ibu kota itu tidak lama lagi yang dijangka menimbulkan kemarahan penunggang.

Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo (foto bawah) mengetepikan kempen asal pernah dilaungkannya dulu yang mahu membenarkan parkir percuma buat penunggang motosikal di bandar raya berkenaan, tetapi apa bakal dilakukan adalah sebaliknya.

anne-hidalgo-datuk-bandar-paris
parking-motosikal-paris

Paris bukan satu-satunya bandar yang akan mengenakan caj parkir ke atas penunggang motosikal, tetapi beberapa bandar lain di Perancis sudah pun menguat kuasakan parkir berbayar di kawasan tertentu. Bagaimanapun, caj dikenakan lebih rendah daripada pemandu kereta, kira-kira satu pertiga bayaran, atau €1.50 (RM7.30) untuk dua jam, atau €0.70 (RM3.40) sehari untuk pemegang kad residen .

Susulan keputusan itu, satu gerakan bantahan dilancarkan kumpulan Fédération Française des Motards en Colère Paris Petite Couronne (FFMC PPC) yang akan melakukan demonstrasi pada Sabtu depan. Gerakan tersebut sebenarnya sudah dilaungkan kumpulan tersebut sejak tahun lalu dengan mengumpul 20,000 tandatangan untuk petisyen bantahan.

Sebenarnya, bukan Paris saja yang mengena caj parkir ke atas penunggang motosikal, bandar besar di negara lain turut sama berbuat demikian seperti London, dan tidak terkecuali Kuala Lumpur di Malaysia.

 

Sebenarnya ramai juga penunggang yang bersetuju dikenakan caj parkir motosikal asalkan bayaran dikenakan berbaloi dan paling penting kawasan tersebut dijaga dan terjamin selamat. Siapa yang tak sayang motor kan?

Apa kata anda?

BACA >>> Sewa Parkir Kereta di Rumah Kini Jadi Pendapatan Tambahan Penduduk UK
BACA >>> Kereta Saya Hilang di Parkir Berbayar, Bolehkah Minta Ganti Rugi daripada Pengurusan?

SUMBER: VisorDown

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anne Hidalgo, Auto Terkini, Caj Parkir Motosikal, Datuk Bandar Paris, motosikal, Parkir Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev