• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Michelin Pilot Sport 4 - Tayar Lebih Tahan Lasak & Selamat

Michelin Pilot Sport 4 - Tayar Lebih Tahan Lasak & Selamat

September 2, 2016 By Abang GYL 1 Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Michelin Pilot Sport 4MICHELIN Malaysia bakal memperkenalkan tayar Michelin Pilot Sport 4 dengan menjanjikan pemanduan lebih senyap, ekonomikal dan selamat.

Sudahpun dilancarkan secara rasmi di pasaran Eropah, Michelin Pilot Sport 4 bakal memasuki Malaysia dalam masa terdekat.

Produk berkenaan turut dipamerkan semasa acara Michelin Pilot Sport Experience 2016 di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini.

Michelin Pilot Sport 4_Pandulajudotcomdotmy (6)
Michelin Pilot Sport 4

TEKNOLOGI ‘DYNAMIC RESPONSE’

Bukan saja menawarkan perjalanan lebih senyap, Michelin Pilot Sport 4 turut menggunakan teknologi 'Dynamic Response' yang mampu meningkatkan lagi cengkaman ketika dalam keadaan jalan basah, jarak brek lebih baik, tahan lasak dan cekap bahan api.

Keadaan tayar juga adalah lebih tahan lasak dan ia mampu memberi perlindungan daripada kesan haba akibat perjalanan jarak jauh.

Selain itu, rekabentuk corak bunga pada Michelin Pilot Sport 4 diilhamkan selepas syarikat pengeluar tayar itu terlibat dengan perlumbaan Formula E, Kejohanan Endurance Dunia dan Kejohanan Rali Dunia.

Michelin Pilot Sport 4 bakal didatangkan dengan tiga pilihan saiz roda iaitu 17, 18 dan 19 inci. Bagaimana pun, harga jualan untuk pasaran di Malaysia tidak didedahkan dan kami mengjangkakan ia akan dilancarkan pada penghujung 2016.

DEMO TEKNOLOGI 'DYNAMIC RESPONSE' TAYAR MICHELIN PILOT SPORT 4

https://www.youtube.com/watch?v=7S2P3RiU1rk

Related

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Michelin Malaysia, Michelin Pilot Sport 4, Pilot Sport 4, tayar michelin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev