• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Siar Video Acah Hayabusa Baharu, Kelajuan Maksimum Cecah 300kmj!

Suzuki Siar Video Acah Hayabusa Baharu, Kelajuan Maksimum Cecah 300kmj!

January 29, 2021 By Aryon Leave a Comment

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMPAKNYA apa digemabr-gemburkan hampir menjadi kenyataan apabila Suzuki menyiarkan video acah Hayabusa generasi baharu di laman YouTube pengeluar itu yang berdurasi 26 saat.

Daripada video acah itu juga, dengan judul 'New Model Teaser', jelas menunjukkan hyperbike perdana Suzuki itu bakal kekal sebagai antara motosikal terpantas di bumi. Model yang tidak disebut nama itu dipaparkan memecut hampir 300kmj (185bpj) dengan rev lebih 10,000rpm atas trek tertutup.

BACA >>> Suzuki Hayabusa Generasi Baharu Lancar Bulan Depan? Enjin Turbo?

Meter Hayabusa baharu?
Meter GSX-R1300 Hayabusa

Jika melihat bahagian kluster instrumen ditunjukkan, ia nampak mirip Hayabusa lama, iaitu spidometer dan takometer analog, tetapi kini diberikan paparan digital TFT kecil di tengah untuk paparan data tunggangan lain.  Ini menguatkan desas-desus yang model baharu itu ialah Hayabusa generasi terkini.

Dari segi rekabentuk, kami jangka ia akan mengekalkan gaya atau bahasa rekabentuk model lama, tetapi diberikan sentuhan elemen baharu.

 

Buat masa ini tiada maklumat mengenai enjin Hayabusa baharu itu yang dijangka menggunakan trenkuasa baharu untuk meledakkan angka kuasa lebih buas. Ada mendakwa model itu akan dibekalkan enjin turbo. Benarkah?

Begitu juga transmisi manual 6-kelajuan yang juga jenis baharu, dan turut dilengkapkan banyak pakej elektronik terkini untuk menjamin keselamatan pemiliknya ketika memecut laju.

Suzuki dijadualkan mendedahkan Hayabusa baharu itu pada 5 Februari ini sebelum menyusul di negara luas lain.

BACA >>> Kawasaki Z H2 SE (2021) Dinaik Taraf dengan Suspensi Elektronik Semi-Aktif

Related

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hyperbike, roda2, superbike, Suzuki Hayabusa (2021), teaser, Teaser Video, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my