• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SONDORS Metacycle - Motosikal Elektrik Amerika dengan Berat Cuma 91kg

SONDORS Metacycle - Motosikal Elektrik Amerika dengan Berat Cuma 91kg

January 25, 2021 By Aryon Leave a Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


METACYCLE ialah motosikal elektrik dihasilkan syarikat pemula (start-up), SONDORS yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) dan dijual pada harga mula AS$5,000 (RM20,220).

Apa yang menarik dengan motosikal elektrik Metacycle ini?

  • Dibina berasaskan frem aluminium monolitik dan penggunaan perincian karbon yang menjadikan berat jentera cuma 91kg. Rekabentuk model ini juga berbeza berbanding motosikal elektrik lain.
  • Struktur casis direka dalam satu unit frem bersepadu yang memberikan ruang besar pada bahagian tengah, manakala pek bateri diletakkan di bawah.
  • Kelihatan suspensi monoshock putih yang dipautkan pada tengah frem dan kiri-kanan swingarm. Suspensi depan menggunakan fork terbalik (USD).
  • Ada tiga warna edisi istimewa ditawarkan, iaitu Supermassive (hitam), Arctic (putih) dan Naked Silver (perak).
  • Rupa depan menampilkan rekabentuk lampu utama bulat gaya retro yang disatukan bersama lampu siang (DRL) LED separa bulat di dalam.
  • Kluster instrumen digital memaparkan spidometer, bateri dan maklumat tunggangan. Perincian menarik lain ialah brek cakera depan besar dengan kaliper brek Bybre, iaitu subjenama kepada Brembo.
  • Motosikal elektrik ini dijana pek bateri lithium-ion 4,000Wh yang membolehkan motosikal ini ditunggang sejauh 129km untuk sekali isian cas penuh. Pengguna boleh mengecas motosikal ini menggunakan stesen cas awam, atau menanggalkan pek bateri untuk dicas apabila diperlukan .
  • Motor elektrik terletak di gandar roda belakang, dan mampu menghasilkan kuasa maksimum 11hp dan tork hingga 108Nm. Jika membeli pakej naik taraf, Metacycle mampu meledakkan angka kuasa hingga 20hp, manakala tork maksimum 271Nm dan kelajuan maksimum mencapai 130kmj.
  • Ciri istimewa lain ialah kompartmen simpanan dan port cas telefon pintar pada pelana depan.
  • Tayar jenis Michelin Road 110/70 R17 di depan, dan 150/60 R17 (belakang)
  • Motosikal ini akan mula dihantar kepada pelanggan yang membuat bayaran deposit tahun ini.

BACA >>> CFMoto 300GT-E - Motosikal Elektrik untuk Polis yang Boleh Ditunggang Sejauh 150km
BACA >>> Ustaz Ebit Hadiahkan Modenas Kriss MR2 Kepada Pelajar 17 Tahun Kehilangan Ibu

sondors-metacycle-usa-19
sondors-metacycles-usa-3
sondors-metacycle-usa-11
sondors-metacycles-usa-8
sondors-metacycle-usa-17
sondors-metacycles-usa-5
sondors-metacycles-usa-7
sondors-metacycles-usa-1
sondors-metacycles-usa-2
sondors-metacycle-usa-12
sondors-metacycle-usa-13
sondors-metacycles-usa-4
sondors-metacycles-usa-6
sondors-metacycle-usa-9
sondors-metacycle-usa-10
sondors-metacycle-usa-14
sondors-metacycle-usa-15
sondors-metacycle-usa-16
sondors-metacycle-usa-18

SUMBER: Sondorsx.com

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal elektrik, motosikal EV, roda2, Sondors, Sondors Metacycle, Sondors Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev