• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

January 26, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HERO MotoCorp, yang sebelum ini dikenali sebagai Hero Honda, ialah pengeluar motosikal yang berpangkalan di New Delhi, India, dan juga kedua terbesar dunia dan India dengan menguasai 46 peratus pasaran.

Terdahulu, Hero mengumumkan pengeluaran unit motosikal ke-100 juta, Hero Xtreme 160R, sekali gus menjadi satu-satunya pengeluar automotif India yang mencapai angka luar biasa tersebut. Model tersebut dikeluarkan dari kilang di Hardiwar, Uttarakhand.

pawan-munjal-ceo-hero-motocorp
pawan-munjal-ceo-hero-motocorp-shahrukh-khan

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hero MotoCorp, Dr Pawan Munjal berkata, pencapaian itu ialah kejayaan ekosistem holistik yang dibina berdasarkan kepercayaan yang berkembang bersama.

Beliau berkata;

Ini keraian pelanggan yang berterusan menunjukkan cinta dan kesetiaan kepada Hero. Mercu tanda signifikan ini juga penegasan kepada keupayaan yang ada di India dan tarikan jenama Hero. Kami menghasilkannya di India untuk dunia."

Pencapaian Hero MotoCorp ialah antara pencapaian global terpantas dengan pengeluaran kumulatif 100 juta. Terdahulu pengeluar itu mencatatkan pengeluaran ke-50 juta unit hanya dalam tempoh tujuh tahun. Ini juga tahun ke-20 berturut-turut Hero MotoCorp mengekalkan gelaran Pengilang Motosikal Terbesar Dunia.

Mengenai rancangan masa depan, Hero MotoCorp mensasarkan pertumbuhan tinggi untuk pasaran luar India. Pengeluar itu merancang meluaskan operasin di pasaran tersebut dan memasuki pasaran utama di geografi baru. Hero juga akan mengurangkan jejak karbon melalui fasiliti hijau dan produk jimat bahan api.

BACA >>> Jualan Hero Splendor Merosot, Tapi Masih Nombor 1 di India
BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

724
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, hero, Hero Motocorp, Hero Xtreme 150, Jumlah Pengeluaran Kenderaan (TIP), Motosikal India, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev