• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Huber Era - Supercar Khas Sempena Tribut Sedekad Lamborghini Aventador

Huber Era - Supercar Khas Sempena Tribut Sedekad Lamborghini Aventador

January 15, 2021 By Abang Hirata 1 Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL Lamborghini memang sudah sedia berkuasa dan menarik, tetapi itu tidak menghalang  mana-mana pemilik dan bengkel ubah suai melakukan modifikasi tersendiri. Mungkin ada yang tertanya, kenapa mahu ubah suai kereta yang sudah sedia bagus dan hebat?

Jawapannya, kenapa tidak?

but-huber
sean-peter-huber

Tahukah anda,  Huber dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) adalah antara syarikat yang menawarkan khidmat mengubah suai supercar. Perkhidmatan disediakan syarikat itu, yang diterajui Sean-Peter Huber sebagai pengarah urusan,  menumpukan kepada hal rekabentuk buat pelanggan antarabangsa yang mahukan kualiti kelas dunia pada kenderaan mereka.

BACA >>> Lamborghini Aventador SVJ Xago - 10 Unit Sahaja, Cuma Terima Tempahan Maya

Terbaharu, Huber mengumumkan projek khas Era sempena usia sedekad Lamborghini Aventador dan juga tribut khas berakhirnya pengeluaran model supercar itu.

Apa dilakukan Huber ialah membangunkan kit aero khas untuk memperingati DNA asal Aventador. Khususnya, Huber menggantikan bampar depan dan belakang dengan rekabentuk gentian karbon baharu dan pilihan bonet daripada material sama.

Sebagai tambahan, komponen tersebut akan ditawarkan dengan kemasan gentian karbon terdedah dalam pelbagai warna. Seperti tuner dan projek aftermarket lain, projek berkenaan tiada kaitan dengan Lamborghini. Pemilihan Aventador pula kerana model itu mempunyai kumpulan peminat besar dan banyak pemain aftermarket tampil dengan projek masing-masing.

Aventador juga dianggap model ikonik dan sedar tidak sedar sudah berada di pasaran sejak 2011 dengan pelbagai varian dan edisi dikeluarkan, daripada LP700-4 hingga Essenza SCV12 untuk litar sahaja.

Soalannya, bagaimanakah rekabentuk model pengganti Aventador nanti? Perkembangan ini pasti mengujakan kerana bakal mencorak identiti Lamborghini masa depan. Tidak dilupakan juga teknologi trenkuasa yang digunakan pada era adaptasi perubahan enjin pembakaran dalaman kepada elektrifikasi.

BACA >>> Lamborghini SC20 - Supercar Tempahan Khas Pelanggan Misteri, Cuma Ada Seunit Sahaja
BACA >>> Ringkasan F1 2020: Hamilton Jadi Legenda Baharu, Prestasi Ferrari Kian Suram

Huber
Huber Era.15
Huber Era.01
Huber Era.12
Huber Era.02
Huber Era.13
Huber Era.03
Huber Era.04
Huber Era.05
Huber Era.06
Huber Era.07
Huber Era.08
Huber Era.09
Huber Era.10
Huber Era.11

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Huber Era, Lamborghini, Lamborghini Aventador, Roda4, Sean-Peter Huber, Supercar, UAE

Comments

  1. Rafieah says

    January 16, 2021 at 12:06 AM

    Nak menang kereta

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev