• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf, Beritahu Bina 11 Bonggol Guna Duit i-Sinar

Lelaki Sakit Mental Mohon Maaf, Beritahu Bina 11 Bonggol Guna Duit i-Sinar

January 14, 2021 By Han Othman Leave a Comment

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki di Besut memohon maaf kerana membina 11 bonggol atas jalan di sebelah rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih, Terengganu.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mendakwa didatangi pegawai polis pada pagi semalam yang meminta dia membuang semua bonggol tersebut. Susulan itu dia bertindak mengupah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ.

Kisah mengenai Nor Muhammad Roslam tular dalam media sosial selepas seorang individu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya dengan 11 bonggol tar yang dibina berjarak tidak sampai 40 meter hingga menyusahkan penduduk keluar dan masuk ke jalan utama. Malah ada juga individu memuat naik video pandu uji melepasi bonggol tersebut menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4)

BACA >>> "Hilux Hilux is the Way!" Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/01/11-bonggol-besut-terengganu.mp4

 

BUNYI KENDERAAN GANGGU TIDUR

Nor Muhammad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu memandu laju di jalan tersebut tanpa mengira masa.

 

Tambahan lagi bilik tidurnya berada di sebelah jalan tersebut hingga menyebabkan bunyi bising kenderaan mengganggu tidur dan membuatkan dia tertekan. Malah, dia turut mengakui mengalami masalah mental, tetapi belum mendapatkan rawatan.

Sebenarnya saya mahu bina bonggol yang landai saja, tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia jadi bonggol tinggi hingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya.

Dia turut memaklumkan membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

BACA >>> #Videotomotif: Jumpa Bonggol Raksasa? Range Rover Evoque Cakap 'No Problem'

SUMBER: Bernama

Related

225
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 11 Bonggol Jalan, Auto Terkini, Besut, Bonggol Jalan, i-Sinar, Lelaki Sakit Mental, Nor Muhamad Roslam Harun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev