• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Imperiale 400 Retro Edition (2021) Lancar di Thailand, 100 Unit Sahaja, Harga RM18k

Benelli Imperiale 400 Retro Edition (2021) Lancar di Thailand, 100 Unit Sahaja, Harga RM18k

January 14, 2021 By Azhan O Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI melancarkan Imperiale 400 Retro Edition (2021) untuk pasaran Thailand yang akan dijual 100 unit sahaja pada harga 139,900 baht (RM18,840).

Model Retro Edition ini tampil sama seperti Imperiale 400 versi standard, tetapi dilengkapkan beberapa aksesori tambahan seperti visor smoked tinggi dengan plat lencana Benelli, dan getah penutup fork.

Sama seperti model standard, Imperiale 400 Retro Edition (2021) masih mengekalkan rekabentuk vintaj seperti lampu utama tunggal bulat yang digabungkan bersama lampu signal belok klasik, tangki minyak bentuk kacang dengan pad sisi, pelana terpisah. Panel meteri dwi-kluster mengetengahkan elemen retro moden dengan kombinasi analog dan digital.

Aspek mekanikal dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 373.5cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 20.7hp @ 5,500rpm dan tork 28Nm @ 3,500rpm, manakala transmisi manual 5-kelajuan jenis klac basah.

Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera tunggal 300mm di depan dan cakera tunggal 240mm di belakang yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).  Kedua-dua roda dipasangkan rim 19 inci dengan tayar 100/80 di depan dan 130/80 dengan rim 18 inci di belakang.

BACA >>> Superbike Benelli Bakal Guna Enjin 4-Silinder 1,000cc Milik MV Agusta?
BACA >>> Sportbike Klasik Moden, MV Agusta Superveloce 800 Lancar, Harga Mula RM93k

benelli-imperiale-400-retro-edition-thailand-1
benelli-imperiale-400-retro-edition-thailand-2
benelli-imperiale-400-retro-edition-thailand-3
benelli-imperiale-400-retro-edition-thailand-4
benelli-imperiale-400-retro-edition-thailand-5

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli Imperiale 400 Retro Edition (2021), Benelli Thailand, roda2, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev