• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kes Hentak Cermin Kereta: Abang Botak Pilih Bayar RM10k

Kes Hentak Cermin Kereta: Abang Botak Pilih Bayar RM10k

January 11, 2021 By Aryon Leave a Comment

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASIH ingat lagi kes 'abang botak' yang tular kerana menghentakkan helmetnya pada cermin depan sebuah Perodua Axia pada 28 Mei 2019?

Susulan insiden itu, Danial Abdullah Tan, 33, dijatuhkan hukuman penjara setahun bermula tarikh tangkapan sehari selepas ditahan selepas mengaku bersalah di hadapan majistret di Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan sementara, dan hukuman penjaran ditangguh sementara dengan ikat jamin RM6,000 serta perlu melaporkan diri di balai polis dua kali setiap bulan. Beliau kemudian menunggu keputusan rayuan mengenai denda RM10,000 atau dihukum penjara 12 bulan.

Abang Botak_PanduLaju
Kes Abang Botak

Terbaharu, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan tersebut, iaitu bayaran RM10,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar. Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa membatalkan rayuan pada November tahun lalu.

Pada 20 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan rayuan Danial untuk mengetepikan hukuman penjara 12 bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 31 Mei 2019 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Mahkamah Tinggi itu  kemudian menggantikan hukuman penjara 12 bulan dengan denda RM10,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Akhirnya tertuduh bersetuju membayar denda tersebut.

Danial yang ketika itu pembantu stor didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin depan Axia milik Siew Chean Voon, 60, dengan cara menhentak kereta mangsa menggunakan helmet di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada jam 5.30 petang 28 Mei 2019.

Dia dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Pada Mei 2019, tular di media sosial rakaman video menunjukan Danial memecahkan cermin depan kereta yang dirakam mangsa menggunakan kamera pemuka. Mangsa dikatakan membunyikan hon kerana dihalang Danial yang menunggang motosikal.

BACA >>> Abang Botak Dibebaskan Sementara Dengan Jaminan
BACA >>> Abang Botak Dijatuhi Hukuman Penjara 1 Tahun

SUMBER: Bernama

Related

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Botak Hentak Cermin Kereta, Auto Terkini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
    Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev