• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO : Tempahan Perodua Axia Dibuka - Harga Serendah RM24,900

BERITA AUTO : Tempahan Perodua Axia Dibuka - Harga Serendah RM24,900

August 14, 2014 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

QC LineSETELAH agak lama mengunci mulut, Perodua kini membuka tempahan bagi model kompak baharunya, Perodua Axia yang boleh didapati di 180 bilik pameran seluruh negara pada harga serendah RM24,900.

Lebih menggembirakan, buat pertama kalinya, Perodua menawarkan jaminan lima tahun bagi model Axia. Mereka yang ingin lebih mendekati spesifikasi model ini dijemput ke rumah terbuka Hari Raya Perodua di kesemua pengedarnya pada 16 hingga 17 Ogos ini. IMG_2527IMG_7630   IMG_7632 EMPAT VARIAN Perodua Axia hadir dalam empat varian: Standard E, Standard G, Special Edition (SE) dan Advance. Hasil janaan enjin tiga silinder bersesaran 1.0L, Axia turut dikenali sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama Perodua yang menawarkan penjimatan bahan api sehingga 21.6km per liter.

Menyentuh kepada nama Axia, perkataan ‘Axia’ (disebut a-zee-a) dipilih dengan menggabungkan perkataan Asia, di mana ‘X’ sebagai angka roman bagi nombor 10 yang mewakili model ke-10 Perodua. IMG_2528Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pelanggan boleh membuat tempahan bermula 15 Ogos (esok) dan perlu membayar yuran tempahan antara RM250 dan RM300 - berdasarkan pilihan varian.

" Kami yakin Perodua Axia mampu menjadi antara model berdaya saing di rantau ini selain menjadikan ia sebagai satu standard baharu bagi Perodua.  Menerusi standard ini, Axia adalah sebuah kenderaan mesra alam, luas, mudah dipandu dan ekonomikal," katanya.

Buat masa ini, Perodua masih belum mengumumkan tarikh pelancaran. Kami menjangkakan ia akan dilancarkan pada September hadapan. Harus ingat, Proton juga bakal melancarkan model kompak baharunya tidak lama lagi. Apa-apapun, mari kita sama-sama nantikan kemunculan Perodua Axia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 900, Datuk Aminar Rashid Salleh, EEV, Harga serendah Rm24, Perodua Axia, Tempahan Perodua Axia Dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev