• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Lancar Honda Wave 110i (2021) Serba Baharu, Casis Ringan, Tangki Petrol 5 Liter!

Thailand Lancar Honda Wave 110i (2021) Serba Baharu, Casis Ringan, Tangki Petrol 5 Liter!

January 8, 2021 By Aryon Leave a Comment

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AP HONDA Thailand melancarkan Wave 110i (2021) serba baharu yang didatangkan dengan kapasiti tangki minyak lebih besar, dan casis lebih ringan, serta beberapa ciri baharu lain.

Model baharu kali ini dilengkapkan sistem lampu LED, manakala rekabentuk luaran diperbaharui supaya tampil lebih sporty berbanding model terdahulu.

honda-wave-110i-2021-thailand-2
honda-wave-110i-2021-thailand-3
honda-wave-110i-2021-thailand-4

Panel spidometer menggabungkan meter analog bersama LCD kecil yang memaparkan posisi gear, odometer dan baki minyak. Casis baharu meningkatkan kapasiti storan sebanyak 36 peratus kepada 10 liter ruang simpanan, manakala tangki petrol mendapat tambahan 1.3 liter kepada 5 liter untuk isian penuh.

Trenkuasa pula dipacu enjin Honda Smart Engine bersesaran 110cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI yang memberikan jarak tunggangan 76.9km per liter, atau bersamaan 1.3 liter per 100km. Transmisi menggunakan klac basah multiplat jenis gear rotari 4-kelajuan.

Tayar depan menggunakan saiz 70/90-17 M/C 38P, dan belakang 80/90-17 M/C 50P, manakala suspensi jenis fork teleskpik di depan dan dwi-absorber dengan swingarm di belakang. Bagaimanapun angka kuasa dan tork tidak didedahkan. Wave 110i (2021) didatangkan dalam empat varian, iaitu:

  • Brek dram dengan penghidup tendang (rim jejari)
  • Brek cakera dengan penghidup tendang (rim jejari)
  • Brek cakera dengan penghidup elektrik (rim jejari)
  • Brek cakera dengan penghidup elektrik (rim sport)

Ada sembilan warna untuk dipilih yang berbeza mengikut varian. Harga belum didedahkan di laman web, dan dijangka tidak banyak berbeza dengan model terdahulu.

BACA >>> Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha 135 LC (2021) Facelift dengan Warna, Grafik Baharu!

honda-wave-110i-2021-thailand-6
honda-wave-110i-2021-thailand-7
honda-wave-110i-2021-thailand-8
honda-wave-110i-2021-thailand-1
honda-wave-110i-2021-thailand-2
honda-wave-110i-2021-thailand-3
honda-wave-110i-2021-thailand-4
honda-wave-110i-2021-thailand-5
honda-wave-110i-2021-thailand-black-rim-spoke-drum-brake
honda-wave-110i-2021-thailand-black-rim-spoke
honda-wave-110i-2021-thailand-black-rim-sport
honda-wave-110i-2021-thailand-blue-black-rim-spoke
honda-wave-110i-2021-thailand-blue-rim-sport
honda-wave-110i-2021-thailand-red-black-rim-spoke
honda-wave-110i-2021-thailand-red-rim-spoke-drum-brake
honda-wave-110i-2021-thailand-red-rim-sport
honda-wave-110i-2021-thailand-silver-rim-spoke

Related

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: AP Honda, AP Honda Thailand, Honda Thailand, Honda Wave (2021), Honda Wave (2021) Serba Baharu, Kapcai, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev