• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / AHM Jemput Media Indonesia ke Pelancaran Model Baharu, CBR150R Fork USD Akan Muncul?

AHM Jemput Media Indonesia ke Pelancaran Model Baharu, CBR150R Fork USD Akan Muncul?

January 7, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

483
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL media Indonesia baru saja mendapat jemputan daripada pengedar rasmi motosikal Honda di republik itu, Astra Honda Motor (AHM) ke pelancaran produk baharu, tetapi tidak pula dimaklumkan model yang bakal lancar itu.

Namun, banyak media menjangka model itu ialah Honda CBR150R (K45R) baharu. Sebelum ini, satu portal Indonesia mendakwa AHM sedang menghasilkan 50 unit produk kod K45R yang dikatakan sebagai CBR150R baharu.

Honda CBR150R_
Honda CBR 150R (2021)_render
Honda CBR 150R (2020)_1

Pelancaran model baharu itu akan dilakukan secara digital pada 12 Januari ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Pihak media Indonesia juga bakal diberikan peluang menunggang uji motosikal baharu tersebut.

Bagaimanapun ada kemungkinan juga itu ialah PCX 160 baharu yang baru saja ditunggang uji media Thailand dengan rekabentuk masih ditutup seragam kamoflaj.

Seperti pernah kami maklumkan sebelum ini, CBR150R baharu akan menggunakan fork terbalik (USD), manakala lampu depan, lampu belakang belakang dan perincian lain direka mirip model abang, CBR250RR (foto atas) yang baru dilancarkan di Malaysia.

 

Nantikan saja 12 Januari nanti untuk mengetahui model apakah yang bakal diterima negara jiran itu.

BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?
BACA >>> Evolusi 16 Tahun Honda CBR 150R, Pernah Menjengah Malaysia Suatu Masa Lalu
BACA >>> Honda CBR150R (2021) Akan Ada Fork USD?

SUMBER: IwanBanaran

Related

483
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR150R (2021), PT Astra Honda Motor (AHM), roda2, sportbike 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev