• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bajaj Auto Jadi Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Dunia

Bajaj Auto Jadi Pengeluar Motosikal Paling Bernilai Dunia

January 7, 2021 By Aryon Leave a Comment

878
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA raja baru dalam industri dua roda antarabangsa yang bukan datang dari Eropah atau Amerika, tetapi mampu dinobatkan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai dunia. Itulah Bajaj Auto.

Walaupun produk Bajaj tidak memasuki banyak pasaran dunia, tetapi jejak jenama ini dapat dilihat pada nama-nama popular seperti KTM, dan Husqvarna. Malah, pengeluar dari India itu memiliki 47.9 peratus pegangan dalam KTM AG.

Di Malaysia sendiri, Bajaj menjalinkan kerjasama dengan pengeluar motosikal nasional, Modenas untuk membawa masuk produk sportbike, Pulsar dan Dominar.

Buat masa ini, Pulsar menguasai lebih 70 pasaran dunia, termasuk memasuki pasaran negara jiran Thailand dan bakal menjengah industri permotoran Brazil.

Dalam kenyataan rasmi Jumaat lalu, Bajaj Auto mendakwa menjadi pengeluar motosikal pertama melepasi modal pasaran sekitar AS$13.6 bilion (RM54.5 bilion). Apa maknanya?

Ini bermakna Bajaj memiliki nilai keseluruhan saham tertinggi berbanding pengeluar motosikal dunia lain.

Pengarah Urusan Bajaj Autom Rajiv Bajaj dalamm kenyataan berkata;

Fokus jitu syarikat dalam kategori motosikal dan komitmen teguh terhadap strategi perbezaan serta praktis TPM (penyelenggaran produktif menyeluruh) dengan cita-cita global hari ini membuatkan Bajaj menjadi syarikat dua roda paling bernilai seluruh dunia."

Produk-produk laris Bajaj Auto keluar dari kilang Chakan, Waluj, dan Pantnagar di India sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun memiliki teknologi mencukupi dan proses pembuatan cukup rapi, Bajaj masih terus melakukan inovasi dan baru-baru ini mengumumkan bakal mendirikan kilang keempat di Chakan dengan kos pelaburan 650 juta rupee (RM35.6 juta).

Kilang baharu itu juga akan menjadi fasiliti menghasilkan produk KTM dan Husqvarna, termasuk model-model akan datang Triumph sekiranya kolaborasi dengan pengeluar British itu berhasil.

BACA >>> #BikinMotor: Dulu Bajaj Pulsar NS200, Sekarang Kawasaki Z1000
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

SUMBER: RideApart

Related

878
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bajaj Auto, KTM, Pengeluar Motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev