PERTEMPURAN segmen supermoped 150cc di Vietnam semakin sengit menjelang kehadiran Yamaha Exciter 155 VVA di pasaran bermula hari ini.
Kehadiran kapcai popular itu membuatkan Honda mengambil langkah strategik dengan menurunkan harga Winner X sebaik saja mengetahui pesaingnya itu tampil dengan produk lebih berkuasa berserta ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
Berdasarkan tinjauan dilakukan media Vietnam sekitar Bandar Ho Chi Minh, dan wakil jualan Honda di beberapa lokasi, harga Winner X kini lebih murah sejak seminggu sebelum pelancaran rasmi Exciter 155 VVA.
Bagaimanapun pengurangan harga itu ditawarkan pada model standard, sebaliknya varian ABS kekal sama. Mungkin kerana Exciter 155 VAA tiada ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang menjadi saingan kepada kapcai Honda itu. Potongan harga pula cuma dalam julat 459,000-574,000 dong (RM80-RM100) sahaja.
Respon Honda itu dianggap unik kerana jarang pengeluar motosikal akan menurunkan harga produk kerana trend pasaran dua roda Vietnam sebenarnya lebih kurang sama dengan Malaysia. Kedua-dua negara memiliki pasaran kapcai yang besar.
Harga Winner X di Vietnam adalah kira-kira 45.9 juta dong (RM8,000). Dari segi prestasi, Winner X berkuasa 15.6hp dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala kuasa Yamaha Exciter 155 VVA mencecah angka 17.7hp dan tork 14.4Nm.
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini
BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner X Ini Sentuhan Anak Malaysia
Jan says
155cc x layak masuk kategori 150cc, roadtax pun x sama haha 😀
tapi x tahulah di vietnam cmne