• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia

Filipina Buka Skyway Stage 3, Bakal Jadi Lebuh Raya Bertingkat Terpanjang Dunia

January 5, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILIPINA baru saja membuka lebuh raya Skyway Stage 3 yang menggabungkan laluan lebuh raya North Luzon Expressway (NLEX) dan South Luzon Expressway (SLEX).

Pembukaan lebuh raya itu menjimatkan masa perjalanan sebanyak 20 minit dari Makati ke Bandar Quezon, dan pihak pemaju, San Miguel Corporation (SMC) berbesar hati memberikan tol percuma selama sebulan kepada pengguna.

Pada awal pembinaan, pelan asal ialah menyambungkan Skyway Stage 3 sepanjang 14km dengan Jejambat Zamora untuk menyeberangi Sungai Pasig, dan bertemu NLEX-SLEX dekat Universiti Politeknik Filipina (PUP) ke jalan lama Sta Mesa.

skyway-stage2-filipina-1
skyway-stage2-filipina-2
skyway-stage2-filipina-3

Bagaimanapun, disebabkan isu hak jalan, projek tersebut sedikit tertangguh dan terpaksa dijajarkan semula ke Pandacan, Manila, dan menyusur Sungai San Juan ke Araneta Avenue di Bandar Quezon.

Kemudian, pembinaan diubah suai dengan menambah segmen kelima yang berakhir dekat plaza tol Balintawak, NLEX dan bukan mengikut pelan asal di hujung EDSA Cloverleaf. Ini menjadikan panjang keseluruhan Skyway Stage 3 itu sejauh 19km.

Insiden kebakaran gudang di Pandacan menjejaskan sebahagian projek Skyway.

Malangnya, penangguhan selanjutnya dihadapi tahun lalu apabila sebuah gudang di Pandacan terbakar pada Februari tahun lalu hingga menjejaskan sebahagian binaan projek. Kemudian pada Mac 2020, Manila menghentikan pembinaan susulan perintah berkurung akibat penularan wabak Covid-19.

Pembinaan dijangka siap sepenuhnya Februari tahun ini dengan panjang hampir 41km, sekali gus menjadikan Skyway sebagai salah satu lebuh raya bertingkat terpanjang dunia.

Skyway Stage 3 menelan belanja 44.9 bilion peso (RM3.7 bilion), tidak termasuk kos penjajaran semula Seksyen 2 sepanjang Sungai San Juan dan sambungan NLEX (Seksyen 5) dan perubahan rekabentuk.

BACA >>> Gerak Malaysia: 11 Info Lebuhraya PLUS yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #Videotomotif: Abang Polis, Brader RFS 150iLE Selamatkan Monyet Tengah Lebuh Raya

SUMBER: MotoPinas

Related

487
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Lebuh Raya, Lebuh Raya Filipina, Skyway, Skyway Stage 3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev