PROTON Persona 2016 sudahpun dilancarkan secara rasmi hari ini. Persoalannya, mampukan ciri-ciri Proton Persona 2016 memikat hati orang ramai? Jika bertanya kepada kami, jawapannya adalah Ya. Ditambah pula dengan aspek keselamatan yang ada pada model segmen-B keluaran Proton ini.
Mana tidaknya, Proton Persona 2016 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP. Bukan satu, tapi kesemua varian diiktiraf 5-bintang.
BACA>>> Selamat Lancar! Inilah 12 Ciri Proton Persona 2016 yang Mempesona!
Untuk makluman, Proton Persona 2016 menampilkan tiga varian berbeza iaitu Standard, Executive dan Premium. Ia dijual pada harga serendah RM46,800 hingga RM59,800.
Dibangun berdasarkan platform Iriz, Proton Persona 2016 dipadankan dengan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan pada Iriz. Ia mampu menghasilkan sebanyak 107hp pada 5,750rpm dan tork puncak 150Nm (4,000rpm).
BACA>>> Video Safety360 Siri Ke-2: Inilah Sebab Kenapa Proton Persona 2016 Ringan & Kuat
Buat pertama kali juga, Proton Persona 2016 didatangkan dengan mod pemanduan ECO yang menjanjikan penjimatan bahan api. Fitur ini turut ada pada model Saga 2016.
Dari segi penjimatan bahan api, Proton Persona Standard transmisi manual mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 5.6L per 100km manakala varian yang lain adalah 6.1L per 100km.
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan ciri-ciri yang ada pada Proton Persona 2016, apa kata kita saksikan video ini.
Bisnes Online says
Tahniah buat proton atas pelancaran model persona 2016 baru ini