• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota C+pod - Kereta Eletrik 2-Kerusi untuk Pelanggan Korporat, Harga Mula RM64.7k!

Toyota C+pod - Kereta Eletrik 2-Kerusi untuk Pelanggan Korporat, Harga Mula RM64.7k!

December 27, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DENGAN sumber kewangan, pengetahuan dan pengalaman, Toyota boleh membangunkan apa saja model kenderaan yang dirasakan perlu. Aspek kewangan pengeluar itu nyata sangat kukuh yang mana dari segi jualan berada di liga atas bersama Volkswagen Group.

Toyota juga mempunyai rangkaian pengedaran luas di peringkat global yang membolehkan ia memasarkan kenderaan dengan lebih berkesan.

Kini, dunia sedang beralih kepada kenderaan elektrik (EV) dan Toyota juga tidak terkecuali. Apa diperlukan ialah model yang tepat, tetapi itu tidak bermakna Toyota boleh melaksanakannya sambil lewa walaupun memiliki pelbagai sumber.

Terbaharu, Toyota memperkenalkan kereta comel dua pintu yang dijana trenkuasa bateri elektrik (BEV). Model itu dinamakan C+pod dan buat permulaan ditawarkan kepada pelanggan korporat, kerajaan tempatan dan organisasi lain yang mahu meneroka pilihan baharu bagi memacu populariti BEV.

Seperti dinyatakan di atas, lihat bagaimana Toyota mengetuk pintu persaingan kenderaan elektrik. Selain ditawarkan sebagai kenderaan harian untuk jarak dekat, C+pod disasarkan kepada sektor korporat yang kerap melawat pelanggan.

Toyota turut mensasarkan pengguna bandar atau komuniti di kawasan pergunungan yang memerlukan pilihan pengangkutan selamat dan mesra alam. Berikut ciri menarik C+pod:

BACA >>> Xpeng G3 - Kereta Elektrik Cantik dari China yang Sudah Masuk Pasaran Norway

Ukuran Badan

  • Saiz badan kompak 2,490mm (panjang) x 1,290mm (lebar) x 1,550 mm (tinggi).
  • Saiz tersebut membolehkan C+pod melalui selekoh tajam di jalan sempit, mengurangkan gerakan stereng ketika parkir dan mudah dikendalikan dalam pemanduan harian.
Bateri

  • Bateri litium-ion ditempatkan di bawah lantai depan kerusi dan menjadikan lantai yang rata dan rendah seterusnya mengurangkan langkah.
  • Motor elektrik dipasang pada bahagian belakang.
  • Jarak pemanduan hingga 150km*
Pengendalian
  • Radius putaran 3.9 meter.
  • Set suspensi jenis independen.
  • Pacuan roda belakang (RWD).
Pengecasan
  • Boleh dicas di rumah atau di luar. Kabel pengecasan yang dibekalkan (100/200VAC) boleh digunakan di pengedar Toyota dengan fasiliti pengecasan G-Station yang mempunyai sekitar 4,200 stesen.
  • Juga boleh dicas di mana-mana lokasi pengecasan standard di serata Jepun. Anggaran sekitar 10,800 stesen.#
  • Dilengkapi sistem pembekalan tenaga shingga 1,500W (100VAC) yang boleh dijadikan sebagai penjana elektrik ketika bencana alam dan putus bekalan elektrik.
  • Aksesori pilihan penyambung kuasa boleh dipasang pada inlet pengecasan standard di depan kereta dan boleh membekalkan tenaga elektrik sehingga sepuluh jam.
Kelengkapan Keselamatan
  • Sistem keselamatan pra-pelanggaran yang boleh mengesan kenderaan lain (waktu siang), pejalan kaki (waktu siang dan malam) dan penunggang basikal (waktu siang).
  • Sistem Sonar Pelepasan Pintar (Intelligent Clearance Sonar) dengan Sokongan Brek Parkir (objek statik) turut membantu bagi mengelak pelanggaran atau mengurangkan kerosakan dengan dinding atau halangan lain pada halaju rendah.

Mengenai harga, ada dua varian ditawarkan, iaitu C+pod X dan C+pod G yang masing-masing dijual pada 1,650,000 yen (RM64,730) dan 1,716,000 yen (RM67,320).

* Mod WLTC, kitaran ujian Kelas 1**, apabila dipandu menggunakan kuasa bateri: Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun. 

** Ujian Kelas 1 tidak termasuk pemanduan di lebuh raya.

BACA >>> Toyota Yaris Cross Masuk Australia, Harga Mula RM82.5k!

Toyota C+pod.01
Toyota C+pod.02
Toyota C+pod.03
Toyota C+pod.04
Toyota C+pod.20
Toyota C+pod.05
Toyota C+pod.06
Toyota C+pod.07
Toyota C+pod.08
Toyota C+pod.09
Toyota C+pod.10
Toyota C+pod.11
Toyota C+pod.12
Toyota C+pod.13
Toyota C+pod.14
Toyota C+pod.15
Toyota C+pod.16
Toyota C+pod.17
Toyota C+pod.18
Toyota C+pod.19
Toyota C+pod.21
Toyota C+pod.22

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BEV, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Roda4, Toyota, Toyota C+pod

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev