• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CRF450RX (2017) Siap Tempur, Prestasi Diperbaharui

Honda CRF450RX (2017) Siap Tempur, Prestasi Diperbaharui

August 30, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

honda-crf450rx-bg
HONDA CRF450RX 2017 siap bertempur dalam kelas enduro dengan menampilkan beberapa pembaharuan seperti kombinasi tayar dan rim belakang 18-inci,  gegancu (sprocket) belakang lebih besar bagi nisbah pacuan-akhir rendah (lower final-drive ratio), tayar khas Dunlop Geomax AT81, talaan semula redaman suspensi depan dan belakang serta spring lebih ringan.

Dengan nisbah mampatan 13.5:1, prestasi ditingkatkan sebanyak 11 peratus, manakala berbanding generasi terdahulu, enjin Honda CRF450RX 2017 baharu ini diberikan sentuhan penyempurnaan bermula salur bahan bakar hingga sudut dan diameter injap.

honda-crf450rx-7

TALAAN ENJIN IDENTIK

Bahagian enjin sangat identik dengan Honda CRF450RX, di mana enjin silinder tunggal berkapasiti 449.7cc itu dilengkapi lengan jumpelang jejari (finger rocker arm) bagi meningkatkan injap lif (valve lift),  piston baharu, injap ambilan lebih besar dan sudut injap lebih sempit. Honda juga menala semula pemetaan enjin untuk mendapatkan tunggangan off-road yang lebih mantap. Tangki minyak turut ditingkatkan daripada 6 liter kepada 8.5 liter untuk tunggangan lebih jauh.

Honda CRF450RX 2017 menggunakan frem beam aluminium CRF generasi ke-7 dengan penambahbaikan prestasi di selekoh, kestabilan di hujung depan dan traksi. Ketinggian graviti juga lebih rendah, 2.7mm. Butang Pilihan Mod Enjin (EMSB - Engine Mode Select Button) menjadi taruhan, di mana penunggang boleh memilih jenis karakter enjin yang sesuai untuk mengekang motosikal ini hanya dengan memanipulasi butang di hendal sebelah kanan.

enjin-crf450rx

SPESIFIKASI

HONDA CRF450RX
Enjin 449cc, Silinder Tunggal, Penyejukan Cecair
Transmisi 5-Kelajuan Constant-Mesh
Suspensi Depan Teleskopik Showa Boleh Laras 49mm; Belakang Sistem Pro-Link, Showa Tunggal Boleh Laras
Brek Depan Cakera Hidraulik Tunggal 260mm; Belakang Cakera Hidraulik 240mm
Tayar depan Dunlop Geomax AT81 90/90-21; Belakang Dunlop Geomax AT81 120/90-18
Tinggi Pelana 959mm
Kelegaan Tanah 328mm
Jarak roda 1, 477mm
Kapasiti tangki 8.5 liter
Berat 118kg

GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: enduro bike, Honda, Honda CRF450RX, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my