• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup Polis Sebab Memandu Mabuk

Polis Cekup Polis Sebab Memandu Mabuk

December 23, 2020 By Azizi H Leave a Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG anggota polis trafik Johor ditahan selepas tular rakaman video sebuah kereta dipandu melawan arus yang mana suspek disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Anggota berumur 25 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak pada kira-kira jam 12.30 pagi selepas polis menerima satu rakaman video menunjukkan suspek memandu kereta jenis Perodua Axia secara melawan arus di jalan tersebut.

Hasil siasatan mendapati anggota polis itu tidak bertugas pada masa kejadian dan menggunakan kenderaan persendirian.

Polis Johor juga menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak termasuk pegawai dan anggota polis sendiri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45A akta sama.

BACA >>> Tiga Penghantar Makanan Tunggang Lawan Arus Kena Tahan
BACA >> Hukuman Memandu Mabuk DIPINDA! Sabit Kematian Akan Dipenjara Minimum 10 Tahun!


SUMBER: SinarHarian | YouTubeMetroTV

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Memandu Mabuk, Polis Johor, Polis Trafik, Polis Trafik Memandu Mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev