• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kasma Daniel Didenda RM2,000 Akibat Tindakan Agresif

Kasma Daniel Didenda RM2,000 Akibat Tindakan Agresif

August 22, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Kasma DanielBIARPUN bergelar juara CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kemaman, Kasma Daniel Kasmayudin sekali lagi mencetus kontroversi apabila bertindak agresif dengan menghalang laluan pesaingnya, Ahmad Afif Amran, secara sengaja.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu dikenakan denda sebanyak RM2000 atas kesalahan 'Unsporting behaviour', iaitu tindakan yang melanggar peraturan dan tidak mempunyai semangat kesukanan ketika di litar.

" Alat penukar gear saya mengalami kerosakan sewaktu perlumbaan menyebabkan saya agak panik dan tertekan kerana Afif rapat di belakang. Dia (Afif) boleh memotong saya bila-bila masa saja.

" Oleh sebab itu saya cuba menghalang Afif daripada memintas untuk mempertahankan kedudukan," jelas Kasma sambil menerima hukuman dengan terbuka.

BACA>>> Kasma Daniel Muncul Juara Kali Ke-5 Cub Prix 2016

Kasma DanielSementara itu bagi Ahmad Afif, dia tidak hiraukan tindakan Kasma sebaliknya hanya memberi tumpuan penuh untuk memenangi perlumbaan dengan adil.

Steward perlumbaan dari AAM turut memberi amaran terakhir kepada Kasma atas tindakan itu. Jika kesalahan serupa berulang pada perlumbaan akan datang, pelumba itu bakal menerima hukuman ditolak mata perlumbaan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CUB PRIX, Cub Prix 2016, Kasma Daniel Kasmayudin, KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev