• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ural Perkenal GEO Limited Edition, 200 Unit Sahaja, Harga RM109k

Ural Perkenal GEO Limited Edition, 200 Unit Sahaja, Harga RM109k

December 21, 2020 By Aryon Leave a Comment

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


URAL Motorcycles mengumumkan motosikal edisi khas terbaharu, GEO Limited Edition yang dibina berasaskan model Gear-Up sebagai pilihan tambahan dengan meningkatkan gaya jentera menerusi penampilan skema warna kamoflaj sentuhan tangan.

URAL M-72
BMW R-71

Model asal Ural M-72 dibina daripada BMW R-71, hasil kolaborasi Ural dengan BMW pada fasa awal Perang Dunia Kedua (WWII).

Rekabentuk asas model Ural tidak banyak berubah, dan selepas 80 tahun berlalu, jenama itu memperhalusi formula asas untuk kereta sisi (sidecar) pacuan dua roda yang mampu ditunggang secara praktikal.

Bagaimanapun dengan banyak ruang inovasi boleh dilakukan, Ural tampil memperkenalkan sejumlah model edisi khas pada era moden jenama itu yang diilhamkan daripada filem aksi James Bond, pembawa dron, kapal nuklear pemecah ais dan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Namun, apa dapat dilihat lebih kepada perubahan kosmetik pada model sedia ada dengan kemasan cat spesial yang dikeluarkan dalam unit terhad sebelum digelar model edisi khas.

GEO Limited Edition dibekalkan aksesori tambahan yang berguna untuk tunggangan off-road seperti suspensi Nitron, tayar Heidenau, sistem ekzos tinggi GPR (untuk kegunaan off-road sahaja), bekas petrol RotopaX, dan pelindung tambahan untuk motosikal dan penumpang.

Hanya 20 unit dihasilkan dan setiap satu memiliki skema warna kamoflaj unik yang dicat menggunakan tangan. Harga jualan ialah AS$26,999 (RM109,305), lebih mahal daripada model Gear-Up, AS$17,549 (RM71,050).

BACA >>> Ural Motorcycles Dedah Prototaip Motosikal Sidecar EV
BACA >>> Batcycle untuk Dijual, Bikin Guna Yamaha DS7 Siap dengan Sidecar untuk Robin

Related

331
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kereta Sisi, motosikal, roda2, sidecar, Ural GEO Limited Edition, Ural Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my