• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!

Nak Tau Status Kereta Terpakai Malaysia, Jepun, UK dan AS? Semak dengan OTOFACTS!

January 8, 2021 By Azhan O Leave a Comment

11.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIDAK seperti dulu, hari ini sudah semakin ramai orang ambil peduli tentang hak kepenggunaan, terutama dalam industri automotif atau lebih spesifik lagi, jual beli kereta import terpakai, atau nama glamornya, 'kereta rekon' (recond car).

Istilah kereta rekon merujuk kepada kenderaan terpakai yang dibawa masuk ke  Malaysia menggunakan lesen import (AP) dari negara seperti Jepun, dan Britain. Kereta itu akan dibaik pulih atau diperbaharui semula sebelum dijual semula pada harga yang sudah tentu jauh lebih murah daripada model baharu keluaran pengedar rasmi.

Apa menarik mengenai kereta rekon ialah pembeli berpeluang membeli pelbagai jenis model atau varian tertentu yang tidak masuk ke pasaran Malaysia, atau memiliki kereta edisi khas dengan spesifikasi istimewa.

Namun masalahnya, pembeli tiada sumber untuk mengetahui status kondisi kereta rekon tersebut. Adakah kereta itu pernah terbabit kemalangan teruk? Atau sudah dilenjan sejauh ratusan ribu kilometer? Sumber maklumat yang ada hanyalah ayat manis jurujual.

Tahukah anda, kini ada portal yang boleh anda percayai untuk mendapatkan segala maklumat tentang status kereta rekon anda. Cepat klik Otofacts.com sekarang!

SIAPA OTOFACTS?

OTOFACTS menggelarkan diri sebagai biro automotif atas talian pertama Malaysia, iaitu syarikat maklumat dan data  yang memiliki akses kepada pangkalan data rekod automotif.

Objektif penubuhan OTOFACTS ialah menjual laporan status kenderaan yang mahu dibeli pengguna dalam misi mengurangkan penyelewengan dan menambah baik aspek ketelusan dalam industri jual beli kereta terpakai. Perkhidmatan laporan tersebut diyakini dapat membantu pengguna mengetahui segala status dan rahsia tersembunyi di sebalik kenderaan yang mahu dibeli.

APAKAH SERVIS DISEDIAKAN?

OTOFACTS menawarkan servis laporan data mengenai sejarah kenderaan yang berdaftar di Malaysia, Jepun, Britain (UK), dan Amerika Syarikat (AS).

Di bawah ini adalah huraian dan contoh sampel mengenai laporan sejarah kenderaan yang anda akan terima jika menggunakan perkhidmatan OTOFACTS, berbeza mengikut negara diimport. Antara maklumat asas diberikan ialah ringkasan pantas kereta, dan sejarah kereta seperti status kemalangan dan baik pulih, jarak perbatuan, jumlah pemilik dan makluman notis panggil balik (jika ada).

Turut dinyata caj dikenakan bagi setiap laporan sejarah kenderaan yang dibeli. Jom baca huraian berikut:

1. MALAYSIA - RM6 (insurans kenderaan), RM6 (pemeriksaan kenderaan)

Bagi kenderaan terpakai di Malaysia, OTOFACTS akan menyediakan data yang diperoleh daripada nombor pengenalan kenderaan (VIN) untuk maklumat kereta, dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan untuk maklumat insurans. Jadi, kita dapat mengetahui maklumat mengenai insurans semasa, jenis perlindungan, tempoh polisi, nombor polisi dan sejarah kereta itu sama ada pernah terbabit kemalangan major, atau dicuri.

2. JEPUN - RM49.99 (Basic - laporan lelong sahaja), RM135.99 (Standard - laporan lelong & sejarah kereta)

Bagi kenderaan import terpakai dari Jepun, maklumat disediakan adalah lengkap dan senang difahami yang direka untuk memudahkan pengguna membuat keputusan sebelum membeli kereta.

Mengenai laporan lelongan, tidak semua kereta rekon terlibat dalam sesi lelongan. Jadi laporan lelongan hanya memaklumkan kondisi kereta ketika dilelong. Maklumat ini berguna sebagai pemeriksaan asas kereta rekon yang hendak dibeli seperti perbatuan, tahun dikilangkan dan gred kereta (pemeriksaan fizikal) pada masa lelongan sahaja.

Ringkasan laporan sejarah kenderaan.

Ini ialah sejarah penuh kereta tersebut yang bukan saja dari rumah lelongan, tetapi juga daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan (MLIT) dan agensi kerajaan lain di Jepun.

Butiran sejarah baik pulih dan kemalangan.

Antara dokumen diberikan ialah ringkasan laporan sejarah kenderaan daripada maklummat lengkap yang disediakan pada seksyen lain. Butiran seperti spesifikasi dan sebarang tanda merah (red flag) yang patut diberikan perhatian juga tertera dalam dokumen. Seksyen dokumen dengan ringkasan pantas ini sangat berguna buat pengguna.

Maklumat yang disediakan dalam laporan ini ialah:

  • Risiko pencemaran radioaktif. Ingat lagi bencana reaktor nuklear Fukushima pada 2011? Berdasarkan data, terdapat 1,400 unit kereta eksport gagal ujian radioaktif pada 2013.
  • Adakah kenderaan pernah dicuri.
  • Pernahkah rosak akibat banjir, kebakaran, ribut atau bencana alam lain. Ini kerana kereta dari Jepun terdedah kepada banyak risiko bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan gunung berapi
  • Spesifikasi kenderaan
  • Pernahkah mendapat notis panggil balik (recall). Jika ada, sudahkah dibaik pulih?
  • Adakah digunakan sebagai kenderaan servis? Misalnya dijadikan kereta polis, teksi dan seumpamanya.
Sejarah kereta.

Juga didedahkan laporan sejarah kenderaan seperti kemalangan, kerosakan, malfungsi, kerosakan akibat kebakaran atau banjir, dan bencana alam. Maklumat diberikan juga direka supaya pengguna mendapat gambaran jelas mengenai status kenderaan mereka.

Perincian sejarah.
Sejarah panggil balik.

Di bawah seksyen 'Laporan Sejarah Kenderaan' ini disediakan maklumat sejarah kereta yang mahu dibeli seperti tahun pembuatan, pendaftaran, pemeriksaan, tarikh lelong, perbatuan odometer, dan sebarang notis panggil balik terbuka jika ada.

sample-japan-report-7
sample-japan-report-8

Maklumat keselamatan dan spesifikasi kereta.

Seksyen ini memperincikan maklumat mengenai spesifikasi kenderaan, rating impak perlanggaran dan prestasi membrek atas permukaan jalan basah dan kering. Maklumat ini penting untuk buat perbandingan sesama kenderaan terpakai.

Foto dan helaian lelongan.

Seksyen akhir ialah imej kereta yang dilelong dan salinan dokumen lelongan tersebut. Semuanya dapat diperoleh daripada OTOFACTS!

3. BRITAIN (UK) - RM25.99 (Basic),  RM49.99 (Standard), RM50.99 (Deluxe)
Ringkasan laporan sejarah kenderaan.

Laporan sejarah kenderaan dari UK memuatkan ringkasan daripada maklumat lengkap yang didapati daripada seksyen lain. Perincian seperti spesifikasi dan sebarang tanda merah (red flag) juga boleh didapati di sini.

Sejarah pemilikan kenderaan.

Pengguna juga dapat mengetahui jumlah pemilik kenderaan tersebut, tahun dibeli dan maklumat cukai dan jabatan pengangkutan jalan (MOT) Britain. Maklumat ini penting jika anda mencari kereta yang hanya dimiliki seorang pemilik.

Butiran teknikal.

Seksyen ini memberikan maklumat teknikal seperti enjin, prestasi, berat dan dimensi kenderaan, sekali gus memberikam gambar jelas dan berguna mengenai kenderaan yang mahu dibeli unutuk dibuat perbandingan dalam segmen sama.

Sejarah tambahan.

Seksyen ini mengenal pasti sebarang mnaklumat tambahan mengenai sejarah kenderaan jika ada seperti perubahan warna badan, perubahan nombor pendaftaran, pemeriksaan identiti kenderaan (VIC), jumlah perbatuan odometer, penggunaan bahan api dan emisi karbon (CO2).

Rekod MOT dan Sejarah Perbatuan.

Akhir sekali, paparan penuh kerosakan pada setiap perbatuan kenderaan jika direkodkan. Juga ada komen MOT pada tarikh pemeriksaan dibuat.

4. AMERIKA SYARIKAT (AS) - RM49.99 (Basic), RM75.00 (Standard), RM89.99 (Deluxe)

Kereta dari Amerika Syarikat (AS) pula menggunakan laporan sejarah kenderaan yang mana dokumen disediakan secara lengkap dan mudah dibaca. Bagi memudahkan lagi pemahaman, laporan itu dibahagian kepada lima seksyen yang setiap satu berbeza maklumat seperti dinyatakan di bawah:

Butiran sejarah.
  • Laporan Sejarah Kenderaan - Ringkasan maklumat lengkap daripada perincian seksyen lain. Maklumat mengenai spesifikasi dan tanda merah (red flag) yang memerlukan perhatian pengguna turut dinyatakan di sini. Maklumat ini berguna untuk mendapatkan ringkasan pantas mengenai maklumat laporan, terutama bahagian red flag.
  • Sejarah Pemilik Kereta - Mendedahkan jumlah pemilik kenderaan, tahun dibeli, jenis pemilikan (sama ada personal atau komersial), sejarah import atau eksport, dan anggaran perbatuan per tahun serta bacaan odometer peling terkini. Maklumat ini berguna untuk memastikan tidak berlaku penipuan odometer, atau jika anda mahu mencari kenderaan dengan satu pemilik sahaja.
  • Sejarah Status - Mengesahkan status kereta berdasarkan dokumen dikeluarkan pihak berkuasa pendaftaran kenderaan tempatan. Antara contoh laporan sejarah kenderaan ialah kerosakan banjir/kebakaran/bencana alam, dibikin semula, atau rosak teruk.
  • Sejarah Tambahan - Mengenal pasti maklumat tambahan mengenai potensi masalah kenderaan berkenaan sebelum kemalangan, rosak penuh (total loss), catatan odometer dan sebarang notis panggil balik.
  • Butiran Sejarah - Memaparkan maklumat penuh mengenai butiran pemilik terdahulu, catatan perbatuan sepanjang pemilikan (jika direkodkan), sumber maklumat dan komen tambahan  yang ada kaitan dengan maklumat diberikan.

Related

11.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: AP, Auto Terkini, Kereta Import Terpakai, Kereta Rekon, Lesen Import (AP), Portal Kereta Rekon, Recond Car

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev