• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinMotor: Honda Super Cub C125 untuk Peminat Papan Selaju

#BikinMotor: Honda Super Cub C125 untuk Peminat Papan Selaju

December 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENGKEL kustom motosikal K-Speed ​​di Thailand ini begitu popular dalam menampilkan versi unik Honda Super Cub C125.

Projek terkini K-Speed ​​terus menyerlahkan kreativiti bengkel itu dalam menyerlahkan potensi model dua roda gaya klasik dari Jepun itu. Hasilnya ialah Super Cub C125 yang berubah sepenuhnya dengan penampilan kemasan hitam kusam dan beberapa naik taraf mewah.

Sorotan utama ialah bahagian hendal sisi untuk memegang papan luncur yang nyata cukup unik. Bar hendal asal pula ditanggalkan dan diganti unit 'bogel'. Punat kawalan dibuat lebih kecil dan kluster instrumen LCD baharu diposisikan di tengah hendal.

Ekzos Diablo dipasangkan lebih tinggi dekat pelana dan dipasangkan panel antibakar. Gaya ini biasanya dipakai model scrambler klasik.

Rim jejari depan dan belakang dinaik taraf kepada 17 inci dengan bunga tayar dadu besar. Fork depan disembur cat hitam, manakala suspensi belakang dinaik taraf dengan dwi-spring boleh laras. Penutup rantai diubah dan fender depan dan belakang dipotong pendek.

Bahagian depan diserlahkan dengan dwi lampu bulat yang dipadankan frem logam hitam. Lampu belakang LED dipasangkan pada bawah absorber belakang sebelah kanan, manakala plat nombor di sebelah kiri. Lampu signal belok LED pula tersorok pada kluster absorber.

Tiada maklumat didedahkan mengenai trenkuasa Super Cub C125 yang menggunakan enjin asal jenis silinder tunggal  125cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI) berkuasa 9.1hp dan tork 9.98Nm, manakala transmisi jenis rotari 4-kelajuan.

BACA >>> Honda Supercub Guna Suspensi Double Wishbone Macam Gold Wing?
BACA >>> 5 Kapcai Empat Lejang dengan Enjin Paling Berkuasa di Malaysia

honda-super-cub-c125-skateboard-1
honda-super-cub-c125-skateboard-2
honda-super-cub-c125-skateboard-3
honda-super-cub-c125-skateboard-4
honda-super-cub-c125-skateboard-5
honda-super-cub-c125-skateboard-6
honda-super-cub-c125-skateboard-7
honda-super-cub-c125-skateboard-8
honda-super-cub-c125-skateboard-9
honda-super-cub-c125-skateboard-10
honda-super-cub-c125-skateboard-11
honda-super-cub-c125-skateboard-12
honda-super-cub-c125-skateboard-13

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Bengkel K-Speed, Bikin Auto, bikin motor, Honda, Honda Super Cub C125, Honda Super Cub C125 Skateboard, K Speed, Papan Selaju, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev