• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Pemilik Volvo 3 Juta Batu Ini Dedahkan 10 Rahsia Panjangkan Hayat Kereta

Pemilik Volvo 3 Juta Batu Ini Dedahkan 10 Rahsia Panjangkan Hayat Kereta

August 19, 2016 By Han Othman Leave a Comment

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IRV Gordon dari New York, Amerika Syarikat ialah tuan punya Volvo 1800 yang mencatatkan Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik kereta dengan perbatuan paling tinggi, iaitu 3 juta batu (4.8 juta km)! Gordon berkata, dia memandu keretanya itu sejak 1966 dengan menjelajah seluruh AS, termasuk Kanada, Mexico dan Eropah.

Pada 1987, kereta Gordon mencatatkan perbatuan 1 juta batu. Selepas 11 tahun berlalu, yakni pada 1998, kereta beliau diiktiraf Guinness World Records sebagai kenderaan bukan komersial dengan pemilik asal yang mencatatkan perbatuan tertinggi di dunia, iaitu 1.69 juta batu.

Gordon terus memandu. Pada 2002, Volvo miliknya itu mencecah 2 juta batu perjalanan dan akhirnya, pada September 2013, kereta Gordon merekodkan catatan perbatuan lebih 3 juta batu yang menyamai 120 kali pusingan planet Bumi!

Apakah rahsia Gordon menjaga keretanya? Mari kita baca tip mudah penyenggaraan yang dikongsi lelaki ini:

1. Mulakan dengan kereta yang anda betul-betul suka.
"Jika anda tidak suka kereta anda, anda tidak akan pergi jauh."

2. Tukar minyak dan penapis setiap tahun atau setiap 10,000 batu (16,000km), yang mana satu sampai dulu.
"Jika ada satu aktiviti penyenggaraan yang akan melanjutkan hayat enjin kereta anda, inilah ia."

3. Guna alat ganti pengeluar.
"Inilah (alat ganti) paling sesuai dengan kereta anda. Saya percaya menjaga Volvo ialah menjadikan ia Volvo."

4. Guna satu jenama minyak.
"Ini akan menjamin kualiti seragam."

5. Peruntukkan masa beberapa minit dalam seminggu untuk memeriksa bawah bonet.
"Malah, pemilik kereta paling susah tentang hal mekanikal juga dapat tahu dengan melihat paras bendalir yang kurang atau tali sawat dan hos yang lusuh."

6. Cuci kereta anda selalu.
"Kereta bersih memberikan anda peluang terbaik untuk melihat luka atau calar kecil."

7. Gilap kereta anda sekurang-kurangnya dua kali setahun.
"Ini memberikan tahap perlindungan lebih baik terhadap pengoksidaan (punca karat dan warna luntur)."

8. Jalinkan hubungan baik dengan pengedar dan mekanik.
"Kedua-dua teman anda itu ialah rakan jangka masa panjang."

9. Gunakan petrol di steses minyak yang sibuk.
"Tanpa trafik teruk, petrol tersimpan dalam jangka masa lama dan boleh ternyah gred mengikut masa."

10. Apabila kereta anda mula menghasilkan bunyi lucu, jangan abaikan.
"Semakin lama anda tunggu, semakin besar potensi untuk rosak."

SUMBER: Telegraph.co.uk

Related

4.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Irv Gordon, kereta paling jauh bergerak, rekod dunia Guinness World of Records, tip automobil, tip senggara kereta, Volvo 1800

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my