HONDA Malaysia mengumumkan melanjutkan jualan istimewa 12.12 dengan rebat RM2,000 untuk Honda City varian S dan E hingga 31 Disember ini.
Lanjutan tarikh pemberian rebat itu kini memberi lebih masa kepada pelanggan untuk mengunjungi wakil jualan sah Honda terdekat untuk memiliki model sedan subkompak itu.
Pelanggan kini boleh menempah dan mendaftarkan kereta mereka pada 31 Disember ini, sekali gus melayakkan diri mendapat rebat istimewa dengan memenuhi syarat tempahan dan pendaftaran di wakil jualan Honda seluruh negara.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sejak dilancarkan, Honda Malaysia sudah menghantar hampir 5,800 unit City serba baharu kepada pemilik. Sehingga kini wakil pengedar itu juga menerima 11,100 unit tempahan City serba baharu,
Kempen Jualan Istimewa 12.12 pula menerima respons daripada pembeli yang mengadu tidak dapat mengunjungi bilik pameran Honda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan Kerajaan disebabkan tidak dapat melakukan perjalanan rentas daerah dan negeri.
Sehubungan itu, Honda memutuskan melanjutkan promosi Jualan Istimewa 12.12 hingga 31 Disember akan datang supaya dapat menikmati potongan harga menarik, termasuk memandu uji dan menempah kereta idaman mereka.
BACA >>> 6 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang 4 Varian Honda City (2020), Harga Mula RM74k
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Sedan Lebih Baik daripada SUV?
Leave a Reply