SELARAS perkembangan dunia automotif yang semakin pesat, kenderaan masa kini memerlukan minyak enjin yang terbaik bagi memastikan jangka hayat enjin dapat bertahan lama selain menghasilkan prestasi mengagumkan.
Selaras perkembangan itu, Shell menghasilkan minyak asas; komponen utama minyak enjin yang diperbuat berteraskan teknologi gas kepada cecair (GTL). Teknologi GTL dipasarkan secara global sebagai Shell PurePlus Technology. Hasil gabungan Teknologi Pembersihan Aktif, Shell menghasilkan minyak enjin premium seperti Shell Helix Ultra.
Berbanding minyak asas yang diperbuat daripada minyak mentah, teknologi GTL menghasilkan minyak asas yang lebih jernih dan tanpa bendasing dapat dikesan.
Dengan teknologi GTL, ia mampu membantu melanjutkan jangka hayat enjin, mengurangkan kos penyenggaraan dan penggunaan minyak, menjimatkan bahan api serta meningkatkan kebersihan. Semua ciri tersebut memenuhi permintaan pengguna yang mahukan prestasi lebih baik dan perlindungan tambahan untuk enjin mereka.
Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants, Troy Chapman berkata, Shell Helix Ultra adalah minyak yang paling canggih dan memenuhi keperluan pengguna seluruh dunia.
Shell kini menghubungkan rantaian nilai gas di Qatar kepada Rangkaian Bekalan Minyak Pelincir untuk menghasilkan minyak enjin premium daripada gas asli. Minyak GTL dikilang di loji Pearl GTL, Ras Laffan, Qatar.
Usaha sama antara Qatar Petroleum dan Shell adalah sumber GTL terbesar di dunia. Ia kmeudian dihantar ke tiga kemudahan simpanan di Houston, Hamburg dan Hong Kong selain diedarkan ke 50 Loji Pengadunan Pelincir Shell seluruh dunia.
Bagi pasaran Malaysia, loji Shell Middle Distillate Synthesis (Shell MDS) di Bintulu, Sarawak adalah loji GTL komersial pertama. Ia menerapkan ciri keselamatan terkini, pemuliharaan tenaga dan sistem perlindungan alam sekitar. Maklumat lanjut, layari www.shell.com.my.
Leave a Reply