• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Boyue Baharu Akan Guna Platform CMA Volvo, Enjin 3-Silinder 1.5L

Geely Boyue Baharu Akan Guna Platform CMA Volvo, Enjin 3-Silinder 1.5L

December 9, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GEELY Boyue
kali pertama dilancarkan pada 2016 dan dikenali sebagai Proton X70 di Malaysia yang diubah kepada versi pemanduan sebelah kanan (RHD), juga seumpamanya di dunia.

Dalam sesi pembentangan pelabur Geely pada November lalu, Geely Automobile Holdings Limited mengumumkan syarikat itu bakal memperkenalkan empat model baharu tahun depan dan antaranya generasi kedua Boyue yang dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Kompak (CMA).

Ini bermakna Boyue serba baharu akan debut di China tidak lama lagi dan dijangka dilancarkan sebagai model 2022 jika mengambil kira konteks kitaran produk baharu. Setakat ini, tidak banyak maklumat dapat diketahui mengenai model kenderaan utiliti sukan (SUV) generasi kedua itu.

Mengenai X70 generasi kedua untuk pasaran Malaysia pula kami jangka akan dilancarkan agak lewat kerana SUV itu baru saja diperkenalkan di negara ini penghujung 2018.

BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu

PLATFORM CMA

Boyue sedia ada (Proton X70) dibina atas platform milik Geely sendiri yang kemudian digantikan platform BMA dan CMA generasi baharu. Platform BMA digunakan Proton X50, manakala platform CMA yang lebih mahal digunakan Volvo XC40 (foto atas) dan Polestar 2.

Ini bermakna Boyue baharu akan menjadi model Proton pertama yang menggunakan teknologi Volvo. Platform CMA asasnya ialah versi Arkitektur Platform Berskala (SPA) yang lebih sederhana, digunakan pada model Volvo 60, XC90, S90, XC60, dan S60.

Perbezaan terbesar antara platform CMA dan SPA ialah kereta dengan CMA tidak boleh menempatkan motor elektrik pada gandar belakang atau istilah Volvo disebut Pacuan Gandar Belakang Elektrik (ERAD). Namun, masih boleh menggunakan mekanikal normal pacuan semua roda (AWD).

Generasi baharu Boyue mungkin tidak menggunakan enjin 4-silinder 1.8L Turbo dan bakal digantikan unit 3-silinder 1.5L  yang lebih baharu, bersih dan jimat minyak seperti dimiliki X50. Sebenarnya, varian eksport X70 sudah pun dilengkapi enjin 1.5L lebih kecil.

Boyue baharu juga akan ditawarkan sebagai hibrid ringan (MHEV) atau hibrid plug-in (PHEV) memandangkan China memiliki regulasi emisi lebih ketat. Sebaliknya, versi enjin pembakaran konvensional akan ditawarkan buat model pasaran luar seperti Malaysia.

BACA >>> #PanduUji: Volvo XC40 - Baby SUV Sweden Penuh yang Dramatik dan Berteknologi
BACA >>> Proton X70: Bukan Sekadar Tukar Logo dan Stereng Kiri ke Kanan

Related

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Arkitektur Modular Kompak (CMA), Auto Terkini, GEELY Auto Group, Geely Automobile Holdings Limited, Geely Boyue, Platform CMA, Proton, Proton X70, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev