UMW Toyota Motor menawarkan penjimatan hebat sehingga RM2,000 bagi model-model terpilih sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Sepanjang bulan Ogos, pembeli model Vios (E,G,TRD), Camry, Altis dan Hilux Double Cab bakal menerima rebat tunai sebanyak RM2,000. Bakal pembeli Vios J turut menikmati rebat tunai sebanyak RM1,000.
Bagi model Innova dan Avanza pula, ia bakal menerima rebat bayaran menarik. Manakala peminat MPV yang mahukan Alphard dan Previa, Toyota turut memberi tawaran hebat. Kesemua tawaran ini berakhir 31 Ogos hadapan.
Sementara itu, UMW Toyota Motor bakal menganjurkan pelbagai aktiviti di bilik pamerannya sepanjang bulan kemerdekaan. Antaranya, sambutan rumah terbuka hari raya pada 16 dan 17 Ogos.
Maklumat lanjut dan promosi berkaitan Toyota, sila kunjungi mana-mana bilik pameran seluruh negara atau hubungi 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682).
Leave a Reply