• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020

Lexus LX570 Paling Banyak Jadi Buruan Pencuri Kereta Jepun Sepanjang 2020

December 8, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAPORAN berita Fuji mendedahkan jenis kereta paling tinggi menjadi sasaran pencuri di wilayah itu sepanjang tahun ini ialah Lexus LX570.

Secara terperinci, terdapat 88 unit LX570 sudah dicuri di wilayah Aichi sepanjang Januari hingga Oktober 2020 iaitu lebih tiga kali ganda dalam tempoh sama tahun lalu. Mengambil kira harga LX bernilai 11 juta yen (RM428,250), jumlah kerugian dianggarkan mencecah 900 juta yen (RM35 juta).

BACA >>> Lexus LC 500 Convertible (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM1.3 Juta

Berdasarkan tinjauan kecurian kenderaan Februari 2020 dikeluarkan Persatuan Insurans Am Jepun Sonpo (GIAJS), LX570 berada di tempat ketiga (25 kes). Jika hingga Disember 2020 jumla kes melibatkan model sama dianggarkan lebih 100 unit.

  • Toyota Land Cruiser - 42 kes
  • Toyota Prius - 39 kes
  • Lexus LX570 - 25 kes
  • Toyota Alphard - 19 kes
  • Lexus LS - 14 kes
  • Toyota Velfire - 10 kes
  • Lexus RX / Toyota Hiace - 7 kes
  • Honda Vezel - 6 kes
  • Lexus GS - 4 kes
  • Toyota Crown / Harrier / Subaru Impreza - 3 kes

Menurut Yukan Fuji, seorang pemilik LX570 di bandar Nagoya mendakwa hampir kehilangan kenderaan utiliti sukan (MPV) itu apabila pencuri cuba membuka pintu menggunakan kunci khas. Mujurlah ada  sistem penggera menggagalkan percubaan tersebut.

Namun, kebelakangan ini banyak laporan mengenai kerosakan pintu kereta diterima berikutan percubaan pencuri membuka pintu LX570 menggunakan gelombang radio rendah. Modus operandi sebegitu biasanya dilakukan ke atas kereta yang diparkir di kawasan terbuka sama ada di apartmen atau kondominium.

Justeru, Lexus mengambil langkah membantu pemilik LX570 dengan menyediakan fungsi kunci pintar (lihat video YouTube).

Model Lexus LX570, dan Toyota Land Cruiser 200 dan beberapa model lain menjadi sasaran pencuri kerana berharga mahal di pasaran luar negara dan mendapat permintaan tinggi dari pembeli Timur Tengah.

Model itu menjadi sasaran kumpulan pencuri Pakistan dan Jepun  yang menggunakan kaedah memuatkan kereta olok ke dalam kontena untuk dieksport. Dilaporkan lebih 200 kereta dieksport berulang kali dengan teknik memuatkan kereta tulen dalam kontena dan digantikan dengan kereta curi selepas melepasi pemeriksaan kastam.

BACA >>> Curi Civic Polis: Teman Wanita Cakap Tak Kenal Suspek
BACA >>> Lexus Malaysia Buka Tempahan LX 570 dan LX 570 Sport, Harga Mula RM1.2 Juta!

SUMBER: Creative31

Related

321
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: curi kereta, Kenderaan Utliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus LX 570, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev