• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Honda CBR250RR Saja Muncul, ADV 150 Juga Lancar Serentak di Malaysia?

Bukan Honda CBR250RR Saja Muncul, ADV 150 Juga Lancar Serentak di Malaysia?

December 5, 2020 By Admin PanduLaju 4 Comments

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kami dimaklumkan sumber dalaman Boon Siew Honda (BSH) mengenai ketibaan sportbike 250cc Honda CBR250RR (2020) ke pasaran tempatan yang khabarnya akan dilancarkan suku keempat 2020, atau setepatnya, November atau Disember tahun ini!

Kemudian, pada Oktober lalu, salah satu wakil jualan BSH, Honda BigWing Setapak didapati memuat naik status Facebook mengenai tempahan CBR250RR (2020), sekali gus mengukuhkan lagi kemunculan model itu.

Terkini, muncul satu lagi wakil jualan BSH memuat naik status mengenai pratempahan model baharu Honda di laman Facebook.

BACA >>> Wakil Jualan BSH Buka Pratempahan Honda CBR250RR (2020), Pelancaran Semakin Dekat?

Menariknya, status Honda Impian X Ee Tiong Motorsports mendedahkan bukan satu, tetapi dua model baharu Honda bakal dilancarkan, iaitu CBR250RR dan ADV 150.

Sebelum ini, sumber dalaman BSH memberitahu kami ADV 150 tidak dapat diperkenalkan tahun ini atas sebab tidak dapat dielakkan. Sebaliknya akan dilancarkan tahun depan sebagai produk 2021. Namun, tidak diketahui sama ada skuter advencer itu akan dilancarkan awal  atau pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun, status terbaharu pratempahan Ee Tiong Motorsports itu menimbulkan persoalan baharu. Adakah kedua-dua model tersebut akan dilancarkan serentak? November sudah berlalu dan Disember pula hanya tinggal kurang 31 hari sahaja.

Adakah cuma satu model saja dilancarkan, atau dua model Honda baharu? Tiada maklumat lanjut didedahkan.

BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

honda-cbr250rr-2020-jepun-15
honda-cbr250rr-2020-jepun-22
Honda CBR250RR Black Freedom

 

Apa diketahui setakat ini, pembeli Malaysia akan menerima CBR250RR (2020) versi dipertingkat (facelift) berkuasa 39hp @ 13,000rpm (+3ps)  dan tork 25Nm @ 11,000rpm (+2Nm). Selain Quick Shifter, ciri baharu lain ditawarkan ialah klac antigelincir Assist and Slipper (A&S).

BACA >>> Sumber BSH: Honda ADV 150 Tidak Sempat Masuk Tahun Ini, Lancar Tahun Depan!
BACA >>> Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bonn Siew Honda (BSH), Ee Tiong Motorsports, Foto Acah, Honda ADV 150, Honda CBR250RR (2020), roda2, skuter advencer, Sportbike Suku Liter, teaser, Tempahan dibuka

Comments

  1. Jan says

    December 6, 2020 at 3:11 PM

    Kalau cbr250rr harga dekat 30k, berbaloi lagi ke?

    Reply
  2. masuda says

    December 6, 2020 at 4:54 PM

    Melampau...mahal sikit dpd model sebelum ok la

    Reply
  3. Zuhaili says

    December 7, 2020 at 3:14 PM

    salam,bang blh tanya Honda tak nnti.bila Honda Winner X nak masuk Malaysia

    Reply
  4. Md Huzaifah Bin Md Yunus says

    December 7, 2020 at 4:02 PM

    Cbr yg full pec rasanya 30 lebih kot...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev