JAGUAR Land Rover (Malaysia) menambah ahli keluarga baharu dengan memperkenalkan model SUV kompak premium, Land Rover Discovery Sport diesel.
Bukan saja menawarkan prestasi lebih berkuasa, Land Rover Discovery Sport diesel turut dicipta untuk penjimatan bahan api selain berupaya merentasi segala halangan dengan mudah.
HARGA (Termasuk GST dan tanpa insurans)
- Land Rover Discovery Sport diesel - RM450,000
Lebih menarik, bakal pembeli Land Rover Discovery Sport diesel turut ditawarkan dengan bersama pelan ansuran percuma sehingga 12 bulan atau menerima potongan harga menerusi rebat tunai.
JAMINAN
Lima tahun atau 150,000km (mana tiba dahulu) bersama pakej penyenggaraan berjadual bercuma selama lima tahun atau 80,000km.
ENJIN LEBIH BERKUASA
Land Rover Discovery Sport dipacu enjin 2.2L SD4 turbodiesel. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 9-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 188hp dan tork puncak 420Nm.
CIRI KESELAMATAN PREMIUM
Land Rover Discovery Sport diesel dibina dengan ciri keselamatan terkini. Ia menawarkan tujuh beg udara, Kawalan Penurunan Bukit (HDC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Cengkaman Elektronik (ETC), Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS), Bantuan Permulaan Bukit, Kawalan Kestabilan Olengan (RSC) dan Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC).
Maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan jualan terdekat atau layari www.landrover.com.my.
Leave a Reply